Saturday

Lagi isu pasal ppsmi. ramai yang membuak buak

Banyak blog yang aku baca pasal isu2 ppsmi. Ramai yang tidak menyokong pemansuhan PPSMI. Ramai yang bercakap pasal masa depan, long term, nasib bangsa, bahasa inggeris di pakai di University.

Aku juga seorang pelajar, meminati bahasa inggeris, melanjutkan pelajaran dalam bahasa inggeris. Aku suka bahasa inggeris. Aku gemar bahasa inggeris dan jika diberi peluang untuk belajar maths n science dlm bahasa inggeris. Aku sangat suka. Dapat strive lebih tinggi dari pelajar2 lain.

Tapi sekarang aku mengajar maths buat sementara waktu kerana cikgu bersalin. Aku mengajar dalam bahasa inggeris tapi semua pelajar mahukan aku ajar dalam Bahasa Melayu. Jangan speaking katanya. Lagi tak faham. Should i proceed or should i stop using english. Aku stop kerana walaupun pendirian aku kuat, hati aku lemah. Aku kesian.

Senang untuk bloggers bercakap pasal isu masa depan, hak belajar, kemajuan bangsa, rugi dan untung, sedih dan sesal tapi hakikatnya bangsa kita masih belum bersedia. Kita bersedih pasal isu ini, betul. Aku setuju. Kita sedih pasal kerajaan tak memberi masa lebih lama untuk PPSMI. Ye betul, aku setuju. Kita sedih pasal nasib bangsa2 kita makin mundur. Ye betul, aku setuju.

Tapi buat apa jika benda ini tak effective. Tak sedihke kita kalau ada pelajar yang ternganga dalam kelas sebab tak faham. Tak kesian ke kita bila tengok ada pelajar bila ditanya dalam bahasa inggeris terpinga2 pinga nak jawab apa. Tak terkilan kita bila tengok pelajar2 yang kita mengajar, fail dalam peperiksaan. Tak sebak ke kita bila kita lihat pelajar2 tidak boleh jawab soalan yang senang. Soalan yang dah berpuluh2 kali ajar pun tapi tak boleh jawab.

How much time do we need to spend for each person until each of them understand. Aku tak kata aku berputus asa. Boleh, tak mustahil jika aku bagi perhatian kepada setiap individu dan megenal pasti setiap masalah yang dihadapi pelajar even sekecil zarah sekali pun. Tapi mampukah kita dengan waktu period yang terhad.

Senang untuk korang di luar sana bercakap. Senang untuk korang diluar sana memberi idea dan pandangan. Senang untuk korang diluar sana meluahkan rasa kekesalan dan tidak kepuasan hati. Senang untuk korang diluar sana membuat method baru/modul baru..

tapi kami disini yang merana melihat pelajar. kami disini yang terpaksa melihat pelajar tidak ke University kerana GAGAL. Kami disini yang terpaksa medengar rintihan dan luahan pelajar. Kami disini yang terpaksa memberi harapan palsu. Korang tahu ape?

Memang ini kelebihan untuk pelajar yang suka bahasa inggeris dan ini satu ke "malang" an terhadap mereka yang tidak boleh cope. Pelajar yang pandai bahasa inggeris tdak akan mengalami masalah belajar maths dan science dalam BAHASA MELAYU ATAU BAHASA INGGERIS. tapi pelajar yang lemah akan mengalami masalah dalam belajar maths dan science dalam BAHASA INGGERIS TAPI BUKAN BAHASA MELAYU. Janganlah kita SELFISH sangat. Pentingkan kemajuan sematamata. Yang jadi mangsanya adalah pelajar. Lihat bukti. 85 peratus fail.

Kalau ada yang kata "this takes time". OKay. But until when? for how long?. Apa yang terjadi kepada pelajar yang "on the way" kearah kemajuan tu. what will happen? Bukannya korang bagi duit kat dia. Bukannya korang akan jaga dia. He or She will take care of themselves soon. Apa nak jadi dengan pelajar2 ini.

Aku akui orang yang sokong PPSMI ni sudah tengok/ berpandangan jauh. Tapi mungkin tak sejauh orang yang tidak sokong PPSMI ni. Aku salute kepada orang yang fikirkan kemajuan pelajar pelajar. Tapi aku lebih salute kepada orang yang fikirkan kesusahan pelajar pelajar.

Aku cadangkan kalau mahu juga dibuat PPSMI ini. Kita duduk semeja. Bukan sehari dua. Tapi kita duduk semeja sekurang kurangnya setahun dulu. English teachers, Maths teachers and Science teachers. Kita buat satu modul/method mudah untuk diikuti oleh guru dan pelajar. Supaya guru tidak mengalami masalah berbahasa dan begitu juga dengan pelajar tidak memahami masalah memahami. Dua dua faham. Ambil masa yang lama dulu dalam perancangan, biar betul2 prepare. Kalau tak betul2 prepare. Inilah jadinya. Kerja sekerat jalan.

kerajaan sudah melakukan something yang betul dengan memantapkan dahulu Bahasa Inggeris dikalangan pelajar. Thats right. Itu langkah pertama.

12 comments:

  1. manjakan sgt pun kadang2 x baek juga.
    putting them in such a comfort zone wont bring them anywhere.

    agree wif ur point.something should be done earlier...prepare mana2 patot.tp skang mmg dah jadi kerja sekerat jalanlah.

    hmm...mantapkan english.first step.
    so next step?

    ppsmi buat semula??

    ReplyDelete
  2. setuju banyak benda juga dengan apa kau cakap.

    aku ni jenis tak kisah PPSMI ke bukan ke. Asalkan yang mana terbaik untuk masa depan bangsa aku dan rakyat Malaysia amnya.

    Aku tgok kadang2 budak2 ni nak belajar. Tapi diorang ni dari family yg kurang bijak dalam english. then diorang mcm tersekat. dlm kelas mungkin sesetengah cikgu boleh tunjuk ajar. tp bila dlm exam, diornng xde sape. bila x faham soalan, diorang x boleh buat.

    ini menyebabkan jurang education tu lah. yg bijak english mungkin ada advantage untuk goreng2 apa yang patut sebab diorang faham apa soalan nak. ini lah sebab jurang education jadi besar. pandai terus pandai, kurang pandai ketinggalan belakang yg akhirnya pada mulanya mereka nak belajar, terus xde mood sebab asek xdpt nak score je.

    aku setuju lah kerajaan nak mulakan dengan mantapkan english dahulu. so that nanti, batch 2012 yg mula dengan bukan ppsmi boleh mantap dlm english dan bila masuk university, diorang boleh faham skit2 apa yang patut.

    aku suka PPSMI sebab dia jadi asas budak untuk ke universiti. kawan aku ramai fail bukan sebab diorang xde ilmu tu, ini sebab term yg diorang pakai di sekolah (BM) lain dengan english.

    mcm kawan aku tu dia score byak A dlm SPM(bukan PPSMI). Bila tanya soalan electrical, jawapannya ialah arus (current). dlm BM arus ialah arus dan simbolnya ialah (i).

    kawan aku pergi pilih Inductor berdasarkan simbol tu. kan dah salah?

    bagi aku kerajaan harus duduk bincang sama2 lah. pilih mana terbaik. kalau boleh ambil kira pendapat rakyat biasa mcm kita ni.

    ReplyDelete
  3. Anonymous,
    Aku cuma sedih bila isu ni jadi mainan mulut opportunist. takkan kau tak nampak tu?
    Kenapa harus mansuhkan totally? macam mana pula dengan pelajar2 bandar yang ada kemampuan. Ada potensi untuk jadi the next novel prize winner? Yang ada potensi menang scholarship harvard,cambridge dan lain2 ivy league u dan top2 u lain?
    Kenapa kita perlu limitkan peluang mereka untuk lebih maju?

    PPSMI tak harus dimansuhkan. Sebaliknya harus diberi pilihan. Malaysia memang banyak sekolah luar bandar dan anak2 FELDA yang ayah2 mereka pun tak tahu cakap BI. Betul , aku tak nafikan.

    Tapi Malaysia pun banyak sekolah2 Smart. Sekolah bestari. MRSM. sekolah sains dengan budak2 bijak, pandai dan berpotensi. Untuk mereka ni kita sediakan platform untuk maju.

    Ini maksud aku. Bukan kita perlu sisihkan peluang semua pihak kerana kasihankan anak bangsa kita dibahagian kurang bernasib baik. Kita perlu fikirkan semua.

    Kukuhkan BI tahun 2012. Kenapa lama sangat? Orang lain dah macam2 buat, tapi kita nak jadi pak Tukun buat semua balik semula. buat apa?

    Lepas ni kau tengok lah, opportunist2 akan ambil kesempatan lagi. Semua isu kebaikan akan dimainkan atas dasar politik.

    Kau guru. Aku muda lagi tapi tetap bakal guru. Dah pernah pun masuk sekolah2. Perak, Sabah, melaka. Pengalaman kau lebih banyak. tapi aku tak kurang. Aku faham maksud kau. Tapi kau faham ke maksud aku ni?

    *no offence meant aite!

    ReplyDelete
  4. miss_d -> wallauhuallam. Mungkin. Mana tahu.

    apitikustika -> betul tu. jurang education makin besar. Aku pun macam kau jugak. Suka ppsmi. Students lambat laun di'push' insyaallah blh tapi biar kena pada cara dan bertepatan la. erm. kalau la blh kerajaan ni dgr pendapat kita. btul tu. diorang tak alami benda2 yang kita lalui. Diorang tahu "fikir" je.

    reverie -> betul la tu. aku pun nampak itu. kadang2 semuanya melibatkan politik. buat surau pun atas nama politik. bersedekah pun entah iklas ke tak sbb nawaitu nak menang undi. Begitu juga dengan hal ini. Aku tak nafikan tapi yang pening dan jadi mangsa adalah pelajar. Kita sudah lepas dah. Diorang la pula terpaksa menanggung semuanya. Sabar je la. Rugi bagi orang yang pelajar pandai english. Diorang memang blh pergi jauh lagi. Aku setuju itu. Tapi peratusan pelajar pandai bahasa inggeris dengan bahasa melayu besar. Macam apitikustika kata la. Jurang education makin besar. Kalau pelajar blh wat choice mmg agak berkelebihan untuk pelajar pintar. Aku faham itu. Memang betul. Aku harapkan begitu. Bilangan guru juga perlu bertambah. Bukan sekadar guru, tapi guru berkualiti.

    Adek aku seorang yang agak pintar dlm bahasa inggeris(darjah 3). Dia kalau diberi pilihan mahu belajar dalam Bahasa Inggeris. Aku pun sama mahukan itu untuk dia. Ini platform bagus untuk dia especially jika dapat melanjutkan ke oversea. Aku faham itu. Aku pun mahu begitu juga. Tapi aku tak nak jadi selfish.

    Aku harap kerajaan dengar pendapat kau buat pilihan. Pelajar cemerlang yang pintar dan pandai menggunakan peluang semestinya akan pilih PPSMI.

    ReplyDelete
  5. AKu tak faham kenapa benda2 'tukar-pastu-tukar-balik' ni boleh terjadi kat dalam sistem pendidikan negara.

    tak ke macam b**** je?

    malas cakap banyak.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. aku bkn nk kondem2 sape2...
    aku sndri ske bhasa inggeris,tp tak pndai nk b'kate2,cbe n msih blajr untk pham...
    pk hal2 ppsmi aku takde r skong sbnrnye,
    kalo korang kat tmpat bdak2 ni,bak kate org putih"in their shoes" msti korang pon bleh pham ape sshnye dieorg nk trime bnde2 alah ni...
    kite yg da lpas ni mmg r snang nk agree or not with government pnye hal,tp cbe kalo tnye ngan bdak2 tu....dieorg stuju ke????

    ReplyDelete
  8. api -> aku setuju sangat tu api.. kita tahu nak impose je kat diorang tu.. tapi diorang tu mcm mana.. erm..
    sadly, kebanyakan aku tanya pelajar.. smua tak stuju.. tak aku jumpa lagi yg stuju.. huhu

    ReplyDelete
  9. aku setuju sgt2 dgn ko..sgt setuju..mmg btol le ko ckp kite kne prepare btol2 dulu..jadikan bi 2 bhasa yg sgt2 boleh difahami oleh sume pelajar..n then there should b no prob in teaching watever subject in english..even islamic education skalipon..dlm hal ni kite xbleh nk tuding jari sesuka ati kt sape2 pon..masing2 ade peranan sendirik..cikgu ade peranan, students n juge mane 2 pihak yg terlibat..pikir dulu pros n cons...brulah bnde 2 jadi senang..lagipon students kt negara kite ni bukan sepesen je...berjuta..n it's not easy nk jadikan diorg seperti yg kite nk..bercakap mungkin senang..tpi tidak bgi yg melakukan..

    ReplyDelete
  10. nabila -> betul tu nabila, jumpa gak blog aku ye. thnks kerana comment. Aku harap pun begitu. Kerajaan tidak lagi wat perkara yg tiada perancangan betul2. Sepatutnya kalau mahu buat perubahan yang besar2, yang melibatkan bahasa, dan ramai manusia kena mintak pandangan luar sbb diorang tak ade bias. kita ni bias macam, politik la, kemajuan la dan lain2.

    ReplyDelete
  11. sudut pndgn sy

    1)klu betul ppsmi adlh lgkah bijak utk dimansuhkan..kenapa dlu wujudkan ppsmi???
    menjadikan pelajar2 sbg bahan ujikaji?
    sbg plajar, sy turut terkesan dgn isu ni..

    2)klu ppsmi wajar diteruskan, mengapa msti tmbul isu pemansuhan ni??tmbul je isu pemansuhan,plaja jd runsing, xtntu arah,klu yg fom 1 skang nih blaja maths sc dlm BI..klu ppsmi dimansuhkan,fom 4 nt die akn blaja sc maths dlm BM..how can??pelajar tuh manusia..ade kelemahan die..

    3)sedar atau tidak nasib pelajar skang sgt2 bergantung kpd tgn mereka2 yg berkenaan..wajar difikir dgn telus..
    kesian la kat plajar2 yg sdg dijadikan bahan ujikaji nih...

    ReplyDelete