Thursday

SekS ni meMang teruk. Ketepikan isu ppsmi

Penyakit kelamin- HiV/AIDs dan sifilis ni Famous kan? Anak luar nikah. anak buang. macam lagi. Kenapa? Sapa yang perlu dipersalahkan?

Lagi isu yang masih belum diselesaikan oleh kerajaan.

Istilah ‘seks’ dalam Kamus Dewan bererti – sifat-sifat yang membezakan laki-laki dan perempuan, jantina dan keinginan syahwat. Manakala ‘seksualiti’ pula-sifat tabii atau dorongan seks; dan ‘seksual’ – berkenaan seks; persetubuhan antara lelaki – perempuan.

Ramai yang menyalah erti bahawa isu PENDIDIKAN SEKS ini adalah mendedahkan remaja dengan aktiviti seks.

Oleh itu, jelas konotasi istilah ini sudah membawa gambaran dalam minda remaja dan masyarakat tentang pendidikan seks adalah topik-topik berkait fantasi, libido, teknik seks anal-oral, praktis seks selamat, posisi ‘intercourse’ dan sebagainya.

Kita perlu mengkaji, adakah pendidikan ini bertujuan mengekang remaja terjebak daripada amalan seks bebas atau mengekang remaja wanita daripada hamil tanpa kahwin, atau mengelakkan kejadian buang bayi yang berleluasa? Ini kerana, setiap persoalan itu menuntut kepada kaedah pelaksanaan yang berlainan pula.

Akhirnya, segolongan pakar berpendapat bahawa pendidikan seks cuma bertujuan memastikan agar remaja mengetahui dan memahami asas-asas untuk memelihara diri dari hamil dan mengelak dari jangkitan kelamin seperti Aids, siplis dan sebagainya dan bukan mengelakkan mereka dari melakukan seks bebas.

Menurut Kajian Hubungan Seks Sejagat-Aspek Golongan Muda pada tahun 1999, remaja Malaysia secara purata melakukan seks 72 kali setahun. Kajian itu membabitkan 4,800 remaja dalam lingkungan 16 – 21 tahun bagi mengenal pasti tabiat seks mereka.


Walhal, alat pencegah kehamilan terjual di kaunter secara terbuka di kedai-kedai yang beroperasi 24 jam seperti 7–11 dan lain-lain. Dalam era teknologi maklumat & ilmu yang berkembang, adalah mustahil ramai remaja yang tidak tahu bahawa alat pencegahan itu amat sesuai menyelamatkan mereka daripada HIV dan kehamilan tanpa dirancang.

Akhirnya, kita haruslah memikirkan kembali - adakah kedudukan pendidikan seks ini wajar dijadikan ‘pendidikan rasmi’ atau ‘pendidikan bukan rasmi’ di sekolah?

4 comments:

  1. apa tu pendidikan rasmi/bukan rasmi?
    ada ke?
    time aku dulu takde pun.

    ReplyDelete
  2. oh sara -> bukan rasmi ni macam tak official la.. tak dijadikan subject.. itu pendapat aku la.. heh

    ReplyDelete
  3. Pendidikan seks...
    Sye slalu kurang pst tentang ini...
    Bdak zaman skang...kter tak didik pun dorg dah tau bnd2 ni...
    Tapi kalo tak didik takot ntah ke mana la dorg cr jalan nak tahu..
    Tapi kalo nak didik kena dengan cara yg btol...
    Jangan wat dorg cari jalan lain utk lebih tahu plak..

    Dua decision yg berbeza tapi bwk implikasi yg hampir sm jer... -_-

    ReplyDelete
  4. pampered by words -> btul2.. lagipun cam konfius.. ditelan mati mak, diluah mati bapak.. kalau diajar pun takut disalahpakai.. kalau tak diajar pun.. susah jgk.. kes2 meningkat.. hu3..

    ReplyDelete