Wednesday

nurkasih episode 1, dari yucks ke wow!

Nurkasih.. Emm.. hari ini 30 December.. 1st time aku tengok Nurkasih.. Nurkasih episode 1.. Ternyata berbeza.. Lari dari impression asal aku bila orang duk sebut2 pasal kisah ni.. 1st impression aku, aku ingat, citer ni pasal cintan mintan yang diselitkan sikit2 pasal agama.. Rupanya ia jauuuhh lebih baik dari yang disangkakan.. Hebat.. Berjaya membuat mata ini bergenang dengan air mata..
Cerita ini cantik, menarik dan realiti.
kisah ini mengingatkan aku pada 'penyesalan' 'penyesalan' aku pada masa lalu.
Dulu masa darjah 6, dapat kputusan 5A, aku dah kata kat mak aku, aku nak pergi sekolah pondok (smka padang siam), nak belajar al-Quran, nak jadi ustaz. Tapi mak aku tak bagi. Dia suh pi sekolah biasa.
Sampai sekarang aku masih menyesal sbb tak bertegas utk ke Sekolah Agama. Aku minat tapi tak dapat, nak buat macam mana. Bukan macam cerita Nur Kasih, parents menjadi penggalak utama.
Sampai satu tahap, aku pernah rasa macam nak quit je course aku sekrng dan buat apa yang aku nak. tapi biarlah. aku dengar cakap ibu. Syurga di bawah kaki ibu. Dengar cakap ibu berkat. Salaamm..

baru2 ni aku terima wall comment (facebook) dari anak murid :

->Terima Kasih Sir sebab ajar saya.. saya dapat A dalam English.. Thank you very much sir.. (Amirul Firdaus, Maahad Tahfiz Sains 09)

->Sorry Sir.. Sebab hampakan sir.. Saya dapat B English.. Frust gila.. Sorry sir.. (Izzat Jamarin, Maahad Tahfiz Sains 09 ),

Aku terharu, happy, sebak! thank you kerana masih ingat dekat cikgu walaupun cikgu ajar korang kejap je, cikgu penganti kelas tuition je. Terima kaasih korang!

tq Raiez sbb ajak aku tengok nurkasih sekali dengan mu.. tak menyesal aku habiskan masa 30mnit depan laptop

Monday

Ini Rupa KELantan sebenar. JgN teRAsa atau OFfended. Sy masih seorang GURU dan KHALIFAH!!

Salam. Menyingkap sejarah 5 bulan lalu. Aku berkenalan dengan seorang budak bernama Hafiz. Berumur 18 tahun lebih kurang. Aku jumpa mamat ni pada waktu malam raya pertama di kedai payung. Kawan aku bawa dia minum bersama. Lebih kurang pukul 12. Aku lepak sekali dengan kawan aku sesambil melihat diorang menghembuskan shisha dan rokok di udara. Aku masih berpakaian melayu tak lengkap.

Berkenalan tak sampai 3 jam. Pada malam pertama hari raya, aku bawa dia pulang ke rumah aku dengan keadaan terpaksa. Gara2 kawan aku yang sengal, aku terpaksa ditinggalkan bersama Hafiz. Masa kawan aku caww, jam dah dekat pukul 1 pagi dah. Kesian hafiz. Tiada arah tuju. Ibunya tiada di rumah malam raya, terpaksa menjaga warisnya yang cancer. Ayahnya pun tiada di rumah, "terpaksa" meningggalkan anak2 untuk pergi ke rumah isteri kedua. Aku dengan perasaan 50-50 bawa dia pulang ke rumah. Hafiz sewaktu aku jumpa dia, seorang yang kurus, botak, muka agak ganas tapi matanya bagaikan dia mempunyai seketul hati yang lembut didalam.

Bayangkan perasaan aku, walaupun tak kenal, aku cuba yakinkan diri untk bawa dia malam di rumah. Aku bawa dia ke dapur, makan. Aku ajukan soalan demi soalan utk Hafiz utk aku kenal dia lebih rapat. Sampai satu ketika, dia melepaskan segalanya dekat aku. Hafiz is a criminal. 2 minggu sebelum raya, dia ada tetak seorang pakcik. aku terkejut mendengar pengakuan dia. Dia ada hubungan rapat dengan "ALONG" di tempat aku, dia bekerja sbgai seorang "tarik kereta" pd waktu malam hari dengan pendapatn rm 800 satu malam. Aku tersentap. Persoalan demi persoalan datang, KENAPAKAH? MENGAPAKAH? Aku buat cool shja. Aku dengar kisahnya satu per satu. Dari 1 pagi , smpailah 2 pagi dan akhirnya kami tatkala jam sudah 4 pagi. Dia sudah ada dlm snarai police's record dan sudah lebih 10 kali ke balai polis. Dia hanya menunggu masa shja utk dipenjarakan barangkali. Kes bertumbuk usah diceritakan berapa kali dia sudah terlibat. Aku hanya mampu mendengar dan mengangguk smbil menyelitkan kata2 nasihat dan ingatan pada Allah. Tapi bila diceritakan semula tentang kesusahan family, keadaan family, kesesakan yang memaksa dia membuat bnyak perkara, aku seolah olah blh menerima perbuatan nya itu. Bersebab namun masih Matlamat tidak menghalalkan cara. Aku nasihatkan dia yang jalan utk mencari rezeki halal ni byak, dan aku suggest kan utk dia utk tolong dia cari kerja part-time. Di waktu pengakhiran perbualan kami, katanya, dia mahu bertaubat, dia tidak mahu tarik kereta dan pukul orang lagi, dia tak mahu terlibat dengan penjualan pil2 kuda. (secara tidak langsung juga aku dapat tahu dia menyebabkan salah seorang adik kawan aku terlibat dengan penjualan pil kuda, agak tersentap juga). Sebelum tidur, aku dapat lihat, matanya bergenang dengan air mata, mukanya tunduk seolah2 insaf.

Bangun pagi, aku solat subuh seorang diri, melihatnya tidur dengan lena, tidak sampai hati untuk kejutkan dia. takpelah, aku sudah cuba kejutkan. Doaku pada pagi itu hanyalah untuk dia. Dia Maha Kaya dan Maha Menerima Taubat, ampunkanlah dan tunjukkanlah jalan yg lurus utk hafiz. Bangun pagi, aku mengajak dia untuk bersarapan di dapur. KakDah, yg bekerja di rumah aku, memandangnya dengan agak pelik. Kak Dah menanyakan beberapa soalan kpdanya, aku cepat2 menyelit dan menjawab soalan yang ditanyakan, dengan niat tidak mahu membuka aib hafiz disini. Sebelum menghantarnya pulang, aku menemukan dia dengan parents aku. Diorang agak memandang budak itu dengan pandangan 1000 persoalan. Dek kerana fizikal nya seakan akan penagih dadah, parents aku pun pelik sbb sblum ni aku tak pernah bawa balik orang yang sebgitu. ku kata kan pada mereka, hafiz kawan aku masa sekolah menengah ( aku tipu parents aku utk jaga air muka hafiz)..

Kisah aku dan hafiz tidak berakhir pagi itu sahaja. Kisah aku dan dia sangat panjang. Hafiz membawa aku mengenal 'kegelapan' kelantan sebenar. kalau dulu orang mengutuk2 kelantan, aku akan rasa offended sekali, tapi kenyataannya adalah benar walaupun pahit. Aku ingatkan aku sudah berada di kejiranan yang selamat, rupanya apabila aku membuka mata di 'kegelapan' nyata, jiran tepi rumah pun terlibat sama. Hafiz adalah pekida. One of the youngest pekidas di kelantan, mudah untuk dia join pekida, ayahnya juga bekas pekida dan juga uncle dia, dan mereka agak dikenali di tanah merah. Mengenal rapat dengan Hafiz bagaikan mengenal rapat dengan ahli pekida. Aku di bawa berjumpa "abang long" dan "abang ngah" di dua tempat di kelantan, satu di "tanah merah" dan satu di "bendang Nyior". Kalau pembaca orang kelantan, mungkin akan kenal dengan kedua2 tpt ini. "Abang Long" yakni seorang ketua ahli pekida seorang peramah dan mengambil berat juga. Kedua2 "abang long" yang aku kenal mempunyai dua sifat berbeza, seorang agresif dan seorang agak humble dan merendah diri. Dan aku berkesempatan berjumpa dengan ahli2 Pekida di beberapa majlis. ORang berbeza, tempat berbeza tapi yakni cara bersalaman yang serupa(Pekida ada beberapa jenis cara bersalaman utk membezakan mereka dengan kumpulan biasa). Mereka agak sedikit assabiyah, tetapi aku tidak pasti smaada assabiyah atas nama Kelantan atau Kumpulan. Aku pernah terlibatkan diri secara tidak sengaja dlm pergaduhan mereka dengan orang biasa. Agak terkesima apabila peluru pistol dilepaskan dibawah untuk menakutkan pihak lawan dan juga ada senjata2 yang lain ( pisau yg diasapkan, cincin dan lain2 lagi). katanya, barang2 yang diasapkan mempunyai tujuan utk menaikkan semangat roh. Syirik, kita hanya blh meminta bantuan dengan Allah, bukan dengan asap kemenyan jin atau syaitan. Wallauhuallam. Terserah.

Bila sebut pekida, macam2 yang dipersoalkan, cara mereka bersumpah dan lain2. Ke mana hala tuju, tujuan yang disalah putarkan dan lain2. Sebelum aku ke luar negara, dengan jasa baik Hafiz dan kawan2, ahli2 pekida membuat makan dan sembahyang hajat untuk aku. Walaupun agak berat utk aku terima jemputan itu, atas desakan Hafiz, aku pergi. Makan laksa kelate dan lain. Ramai juga yang datang, agak terkejut aku. Hari itu adalah hari terakhir aku melibatkan diri dengan majlis pekida kerana aku sudah kesuntukan masa. Aku sempat berbual rapat dengan abang long. Segala persoalan aku ajukan dan dijawabnya dengan penuh merendah diri. aku kagum, tiada tanda kemarahan ditunjukkan dan kami ada berbual dengan perkara2 lain berkaitan politik, agama dan isu semasa, biarlah ia menjadi rahsia antara kami tanda janji yang terikat.

3 hari sebelum fly, aku teringat hafiz pernah mengadu dekat aku tiada buku bank, tak pernah buka ac bank. aku bawa dia ke Maybank untuk buka akaun baru dan aku sumbangkan sedikt stakat mana yang aku mampu utk Hafiz. Aku sempat bawa dia ke klinik swasta kerana keadaan dia yang batuk kering dan batuk berdarah, dia disyaki TB tapi setiap kali aku call dia, dia kata dia sihat. harapnya betul bukan kerana takut aku risau atau ape. kita sama2 doakan dia.



p/s -> smpai sekarang aku masih contact dia.. Dia masih menganggap aku abang dia lagi. Dia sihat dan sudah bekerja 'halal'.. panjang lagi kisah menarik pasal hafiz utk dikongsikan. tapi insyaallah lain kali pula.

Sunday

bilik kau kemas mengalahkan perempuan. Kau celaka.

aku bosan. betul. serius aku bosan. aku taktahu nak wat ape.
bilik ak bersepah. Gile2. Buku2 notes2 bersepah2 atas meja. Kenapa?
Aku tengok bawah. Ada stoking2 yg tak basuh lagi. Ak malas nak basuh, Kenapa?
Aku tengok dlam almari, stok seluar tooot aku dah habis, dan aku masih malas nak basuh, kenapa?
Aku tengok atas, ada sapu tangan kat atas rak, kenapa terbang ke sana, kenapa?
Aku pusing kiri, aku tengok gadget2 aku berterabur, kenapa?
ak tengok depan, kertas2 berselerak, kenapa?
Aku tengok bawah, ada keropok walkers, dan bakul sampah yg melimpah kenapa?
Aku usha bilik jiran, bersih je, kenapa?
Aku tension, kenapa?
Kenapa bilik aku macam bilik orang study? kenapa?
Ah tidak. aku tak mau jadi nerd.

Aku rasa aku dah cukup alasan utk basuh baju dan kemas bilik.

YES!! aku dah ada list untuk buat apa malam ni. Caw dlu. aku nak hilangkan kebosanan..
ini gambaran bilik aku yang kemas!! ini mmg bilik aku pun!

cilanat api!

aku baru bangun tido. Aku tinggalkan Ym aku on dengan status busy. aish. Dah ramai yang start panggil aku adek plak. Ramai plak yg Pm. Dah lama ak x visible kan YM. Aku tak kisah korunk nak panggil ape. Lantak korunk la nak panggil ak ape. Jangan panggil aku Durjan sudah. Atau setan. Durjan adalah singkatan utk durjana. Kat sekolah aku budak2 yg sial diberi nama durjan kat depan. Si durjan LUna. SI durjan Amir. Aku pun tak paham kenapa.

Aku suka masak.sebagai bukti, Dapur aku dah 2 kali terbakar. Hebat gile. Sampai sekarang aku masih terpesona dengan keanggunan api dalam kuali. banyak woh api. aku tak main2. aku cuak gile bila dapur trbakar. bukan aku takut api. aku terkejut dengan bunyi fire alarm. Sial betul fire alarm. Bapak kecoh kau fire alarm. kau pun sama cilanat dengan api(ak maksudkan fire alarm).

Ish. Minggu ke6 kat sini. Hampir tiap2 hari aku potong bawang, ubi, sayur, cili, buat tumis dan lain2. Aku dapat rasakan aura. aura bila memotong bawang, tangan aku jadi makin laju. Aku rasa hebat dan expert. Aku dapat rasakan bagai berada dlm racangan Cheft yg ditonton oleh sejuta manusia.

tengah2 syok tak mandi, tak gosok gigi. housemate aku nama VV call, amoi kelantan, cantik woah, sape2 berminat gitaula.. single je dia. dia ajak ak pi makan umah seniour. So. caw dlu. ak nak p makan breakfast umah orang. GIla rezeki terpijak di pagi hari. dah nak tengah hari dah sbnarnya...



aku tengah mencuci kesan kebakaran.. klu tak kne bayar nanti


ini kitchen aku tempat aku beraksi THAI

Saturday

KEHIDUPAN AKU DI UK. VERSI KEDUA.

Dah dah. Cukuplah tulis blog. Aku dah malas nak tulis blog dah. Lagi2 pasal benda2 yang tak sepatutnya cerita. Biarlah.

Ikut akulah mahu tulis ke tak mahu. kau peduli ape.

Aku tension. sedikit. Tapi sekarang aku tak tension lagi dah. Walaupun kerja aku tak siap lagi.
Kerja banyak. Buatkan aku rasa macam. Oh tidak! aku mahu kehidupan di Malaysia dahulu. Boleh lepak-lepak bilik ke bilik. Boleh tidur berhari hari di Surau tanpa orang peduli dan kacau. Boleh makan nasi goreng pattaya, boleh makan mee goreng, boleh makan ni, boleh makan tu. Boleh wat ni, boleh wat tu. Boleh borak2 dengan batch seniour pasal(tq atokool yg btulkan) agama, social dan macam2. Aku nak balik Malaysia. Aku tak sangka pula aku boleh kata macam ni. Kenapa susah susah aku wat degree kat UK. .

Di college dulu, aku ada ramai adik2. al-maklumlah, terlibat dengan usrah. Teringat satu kisah dulu, ada budak selalu panggil aku "abang syafiq". Aish. budak2 juniour yang baru masuk ni. Panggil aku abang pulak. Walhal sama umur. Mungkin aku nampak tua sedikit. atau banyak. tapi aku tak kisah. "biarlah aku main2 dengan diorang dulu", ak let je diorang panggil aku abang, sampailah ke hujung tahunnnn, barulah aku pecah rahsia.

"Daus, aku sebenarnya sama umur dengan kau je."

"Betulke abang."

"Aish, usahlah panggil aku abang lagi. Betul la."

"Yeke, Bukti"

"Aku hulurkan ic. "

(suara gelak tawa, hahaha)

Kami gelak bersama2 di surau.

( Diolog ini mungkin terpesong sedikit dari yg asal)

untuk yang tak tahu umur aku berapa lagi, aku dilahirkan pada 8 April 1990.

Selalunya bila ditanya pasal umur, aku akan berahsia gila2. tak tahu kenapa. aku tak gembira menjadi antara yang termuda dalam kelas. tapi kalau jadi yang tertua pun aku taknak juga.

Aku dah jemu. Jemu bila orang tanya aku

" Abang ni wat master ke PHD kat sini".

" Kau ni 2nd year ke, 3rd year". Kadang2. aku jawab je.

"saya 1st year, 1st year master dalam linguistic".

(aku baru 1st year degree)

diorang memang percaya. Muka aku serius dan boleh tahan gelak. Oleh itu, ramai je yang percaya dan senang je aku untuk menipu.

Memang berdosa sedikit aku, kot. tapi nak wat cane. Sampai seru, aku taubatlah.

Sambil tulis blog ni, aku masih memikirkan kerja2 yang tak siap. kenapalah tiba2 mahu berblog pula. Lantak kau lah.

sekian sahaja dari aku. Aku nak sambung wat kerja assignment SLA (second language acquisition). Untuk pengetahuan, aku suka subject ni walaupun aku tak faham sebab lecturernya sangat cantik. Dari korea. Nama seongSook. Dia pernah peluk aku wooo. Dan pegang tangan aku. Korang jangan jealous dan munngkin jangan kecewa. Salam.

Friday

aku mampus dan hidup balik? serius?

Ini Mungkin aku

Ini Mungkin aku dan housemates
Ini aku makan talam di Freshers Camp di Nottingham
suhu - 6'C , Selpas maghrib, barbeque

Ini aku yang tak stylo

Sembahyang dalam bar??? Anda serius???

“Blog berhabuk”, “Blog terbiar”. Maaf, aku bukan jenis orang yang mencari apa yg ingin ditulis tetapi aku mencari apa yang boleh dikongsi untuk ditulis. Sama tetapi tak serupa. DImana aku menghilang?? Haha.. Aku dah lebih sebulan berada di bumi United Kingdom. Orang kata UK ni bez la, gempak la, jersi murah la, cantik la… Mmg cantik pun.. tapi tak jauh berbeza dengan Malaysia, kecuali suhu dia yang mmg cool gile.

Pengalaman menarik aku selama sebulan kat sini macam2. Antaranya, Susahke nak sembahyang kat UK? Susahke nak sembahyang masa travel? Tak susah, senang je. Kawan2, bloggers sekalian, aku dah sembahyang dekat bar, bukan dekat bar bersebelahan bar tapi dalam bar. Bar??? Buat apa aku pergi bar. Panjang ceritanya. Aku dah sembahyang dalam bas yang bergerak lintang pukang dan macam2 lagi.

Maaf sekali lagi sebab tak update blog. Sejak aku berhenti jadi cikgu tuisyen, cikgu kelas. Aku rasa macam tak ada sebab dah utk aku menulis blog.

Sebulan di Uk. Ak masih rindu student aku. Dan diorang selalu contact aku dalam facebook dan masih menghantar msg di no celcom ak. Aku, kau, kita sama sama doakan diorang success dalam SPM dan PMR. I have faith in them. Sekian.

Aku bercadang mahu cerita pasal kisah cinta aku pada seorang LELAKI dlm post seterusnya.Insyaallah jika masa mengizinkan. Gaykah? Seriuskah? Anda nilai sendiri nanti.

Wednesday

CIKGU dah berkubur ke?

Ini harganya menjadi seorang guru. THANK YOU GUYS. makes my life cheerful every single day.




KENANGAN KENANGAN DARI STUDENT "MAAHAD" DAN "SMKTM" (1) FROM STUDENTS.


JAM TOK GURU. CUBA TEKA DARI SIAPA?? Alhamdulillah, dari student " MAAHAD TAHFIZ SAINS "



BUKA JE CAMERA. SEMUA TUNDUK MALU. THIS IS ONE OF MY FAV CLASS. (4EK1)



NI BUKAN TIDO. SEMUA BDAK2 HANDSOME2. TAKUT BLOGGERS2 MENGURAT.


PELAJAR SPORTING HARI INI~ AISYAH DAN IKA.




STUDENTS KU YANG SATU KEPALA NGN CIKGU. SERONOK AJAR KORANG. TAK KERING GUSHI.



WHY STUDENTS LOVE ME?? BECAUSE I GAVE THEM MY PSP TO PLAY. (KANTOI~), NAMPAK KAT PENGETUA. MATILAAA~


THNK YOU GUYS. CIKGU DOAKAN KEJAYAAN KORANG JUGA.


Buat anak anak ku, buat adik adikku, buat muridku
Cikgu selalu pesan,
Ilmu itu penting kata cikgu
Ilmu itu teman kita,
Ilmu itu baju katanya lagi,
Senjata untuk kita.
Cikgu senyum,
Tambahnya lagi,
Anak anak ku,
Jika hari ini kau berjaya,
Cikgu yang pertama akan gembira,
Tak terkata dengan kata kata,
Belajar la rajin rajin,
Ilmu itu teman,
Teman di waktu susah,
Teman di waktu gembira,
Jika hari ini cikgu berjaya,
Ini semua kerana ilmu katanya,
Jika hari ini cikgu di sini,
Ini semua kerana ilmu juga tambahnya lagi,
Jangan malas malas pesannya lagi,
Dengan wajah seikhlas hati,
Suatu hari nanti cikgu datang di sini kembali,
Mahu melihat kamu lagi,
Memegang segulung kejayaan,
Itu bukan untuk cikgu anak ku,
Itu adalah untuk masa depanmu.
Pada waktu itu,
Cikgu akan berkata dalam hati,
Ya, Itu muridku,
Mereka sudah berjaya memegang segulung ijazah,
Pada waktu itu,
Kamu sudah tidak mengenal cikgu,
Garis kedutaan tua sudah mula kelihatan di dahi cikgu,
Cikgu hanya mengalir air mata,
Air mata tanda gembira.
Mereka muridku, mereka anakku, mereka adikku,
Dan dengan ilmu mereka berjaya.

Nukilan cikgu

Saturday

Tugas guru semakin mencabar dari hari ke hari.

Aku cuba tulis seringkas blh entri kali ni.
Tak mahu panjang2.

Masih ingatkan pada Eddy pada entri yang lepas, pelajar miskin, kelas hujung tetapi B dlm mate dan sains, mahu jadi engineer, bekerja pada malam hari, sudah mempunyai bakat dlm repair handphone/camera pada usia muda.

Malangnya, sangat menyedihkan, pelajar itu sudah dibuang sekolah minggu lepas. Kerana menumbuk seorang guru. Berbadan kurus tetapi perkasa. Jangan main2.

Peluang dia untuk belajar di sekolah ini dah habis. Aku sedih utk dia. Apakah nasih masa depan dia? aku pun tak tahu.

Aku berkunjung ke rumah dia minggu lepas. Tapi Eddy tiada di rumah. Dan keadaan rumah dia. Maaf utk aku katakan. Sedikit teruk. Adik2 dan kakak2 pun agak tidak terurus. Begitu juga dengan rumah dia. Tak boleh salahkan eddy. Mungkin dia stress dengan keluarga.

Pelajar bernama Eddy yang bercakap dengan penuh sopan dan hormat dengan aku rupanya bukan calang2 pelajar. Pernah ditangkap kerana mencuri di kampung2, mengambil pil kuda, suka bergaduh dengan orang, pernah memukul seorang pakcik dengan tukul kerana berdendam dengan seorang yang "membuli" ayah dia. Kononnya la.

Tapi aku harap, semua yang dia buat tu bersebab, Aku masih tak berputus asa dan menaruh harapan pada pelajar bernama Eddy tu. Insyaallah. Kita sama2 doakan.




Friday

Wahai smokers, rokok itu haram ke? Entri pendek sahaja.

aku sekarang dah malas2 sangat2 dah nak update blog sejak ada satu kejadian mengeramkan berlaku. Tapi masih ada hutang2 yang belum aku langsaikan dengan beberapa bloggers seperti 1. Kena masukkan award dLa 2. Ditagged oleh tum2. Nanti la. insyaallah

******************

Rokok itu haram... ke? betul ke? Fatwa kata rokok itu haram. Kalau begitu memang haramla. Tak usah pertikaikan lagi. Haram rokok macam haram arak ke?

Kalau orang yang menjual arak. Rezeki pendapatan dia halal ke?

Lambakan kedai menjual rokok. kedai melayu ke, mamak ke, cina ke atau india.

Rokok katanya haram. Lambakan kedai yang menjual rokok itu bagaimana pendapatan dia. Pendapatan orang yang menjual rokok ini bagaimana? halal kah? haram kah? atau halam?

Aku tidak tahu. Ketuk dahi, tanya otak.

Aku juga smokers. Tapi tidak tegar. Kadang2 saje dikala kepenatan.

Monday

Dia Aku Bunga dan Kumbang.

Dia : PiK, bufday ak beli bunga ek

Aku : bunga, knpa bunga ?

Dia : Sebab ak suka bunga

Aku : mana ak nk cari bunga, rumput ada lah.. ak blanja kow mkn jelah nanti.

Dia : KEDEKUT !!

Aku : bunga bukan bley makan pon, baek ak blanja kow makan.. kenyang.. lagi pun bunga mati dan layu ( ak bkn kedekut, ak hanya bagi alternatif lain )

Dia : perempuan suka bunga.. perempuan ibarat bunga.. ak suka ros.. lagipun kalau layu blh simpan.. wat kenangan

Aku : abis tu lelaki, lelaki ibarat kumbang… ada plak lelaki minat kumbang… ada pernah tak kwn lelaki kow mintak kumbang masa bufday " nanti bufday ak bagi kumbang, nak kumbang! nak kumbang! ak suka kumbang bertanduk… cantek.. "

Dia senyap, masam… ak pelik… ak wat silap ker???

-aku akan bergerak jauh selama 4 hari. Jadi tak dapat la nak tengok2 blog korang yang cun2, cantik2 dan penuh berinformasi. Tak dapat nak update dengan kisah hidup korunk. okay. caWW

Sunday

Kisah Sedih Seorang Pelajar Bernama Eddy



Ini Eddy. Form 5.

Kisahnya begini, petang tadi aku pergi hospital kerajaan. Mahu berjumpa dengan doktor. Saje pergi hospital. Lama tak tengok nurse nurse (misi misi) yang cun cun. Salah satu tempat best untuk cuci mata. Sangat tak ade taste kan aku. Tapi apakan daya, dah terdesak mahu berjumpa gadis sunti.
Aku menunggu hampir 4 jam untuk berjumpa dengan doktor. dari pukul 12tgahari smpai pukul 4 baru dapat masuk jumpa doktor, hospital kerajaan ya. Bukan salah doktor, bukan salah misi, bukan salah Malaysia tempat2 semua lambat. Ini mungkin terjadi disebabkan oleh lambakan pesakit yang rindukan doktor dan misi misi cantik macam aku. Ini juga mungkin disebabkan ramai orang yang kedekut tidak mahu keluarkan duit untuk ke klinik swasta.

Di atas itu bukan aku. Aku lagi handsome dari itu. Itu juga bukan adek aku, mahupun sepupu atau waris saudara. Tapi itu adalah PELAJAR aku yang aku tak kenali sebab aku tak mengajar kelas dia.
***************
(kejadian di kantin hosp)

Aku tengah makan sorang

Eddy : Sorang ke?

( Aku pusing belakang, cakap dengan aku ke?)

Eddy : Cikgu makan sorang ke? Tak cam saya?

Cikgu : Tak cam la, awak bukan bdak kelas saya, mari makan semeja dengan cikgu

(eddy terus mengheratkan kerusi makan di meja aku)

Cikgu : buat ape datang sini?

Eddy : Jumpa mak

Cikgu : mak awak masuk wad ke

Eddy : tak, mak saya ni, kedai yang cikgu makan ni

Cikgu : Oh gitu.

Habis sesi temubual dan perkenalan, dapat makan free tadi. tapi bukan itu yang aku mahu cerita.

**************

Eddy ni pelajar kelas hujung. kelas ke 10 dari 11 kelas. Tapi dia pintar. Pintar dalam maths. Cikgu Maths sayangkan dia sbb hanya dia seorang yang lulus maths dan mendapat B maths dlm ujian selaras. Bukan ini yang aku mahu cerita.

Berumur 17 tahun dan berbadan kurus tapi aku percaya dan yakin dia lebih perkasa dari kamu semua. Dari 11 mlm hingga 3 pagi dia bekerja. Bekerja buat rumah. Mengangkat batu bata. Gaji sehari dari Rm15-Rm60. Sedih aku dengar. Datang sekolah dalam keadaan letih2 dan penat.

Tapi aku sebak mendengar kisah hidup dia. Walaupun panas terik dan bangang dengan doktor, , aku hanya tahan mahu mengeluarkan air mata. katanya cita cita nya mahu menjadi engineer. Sangat suka sains dan maths. Dapat skor B untuk maths dan sains. Insyaallah dlm spm dapat A1 kata aku.

Selain dari bekerja mengangkat bata. Dia juga pandai repair handphone.

Cikgu : Kamera cikgu rosak, tak dapat ambil gambar, skrin hitam jadi.

( Eddy menerangkan dekat aku pasal cabel2 yang bertindih. Skrin hitam berlaku pasal ada dua cabel yang bertindih, siap tunjuk dengan aksi jari lagi. Tapi aku bodoh sikit bab2 repair ni, terus terang kata, aku memang tak faham apa yang dia kata).

Dengan umurnya Eddy sudah pandai bab2 pasal engineering ni, belajar sendiri. Hebatkan? Aku harap dia dpat melanjutkan bidang engineering nanti. Dengan waktu terhad untuk belajar, bekerja lagi. Dia mendapat anugerah kepintaran semulajadi pada pandangan aku.

kalau aku ada duit nanti. Insyaallah aku mahu support dia study.

Bersyukurlah anda kerana mendapat peluang belajar dan tidak perlu bekerja. kita kekedang lupa nikmat ni.

P/s -dibelakang adalah gambar ibu eddy. Banyak lagi kisah yang eddy ceritakan tapi tak perlu la aku cerita. Khuatir membuka aib pula nanti. Aku sangat kagum dengan dia. Kalau ada pelajar kaya, menaiki Merc, Tusyen siang malam, Lemak2 di bdan- kalau dia berjaya, aku juga bangga tapi aku lebih bangga kalau pelajar miskin, bekerja siang malam, merekah rekah tangan angkat bata, tapi still blh berjaya. Aku akan sangat bangga itu.

Friday

Kisah Tragis Yang Selalu Terjadi Selepas Berkahwin

AWAL PERKAHWINAN

Isteri : Bang, Ayang mengandung!
Suami : Abang tak sabar nak tengok anak kita. Mesti comel macam Ayang.

PERTENGAHAN PERKAHWINAN

isteri : Bang, tolong buat susu anak..
Suami : Abang mengantuk ni.. Ayang buat ajalah

PENHUJUNG PERKAHWINAN

Isteri : Cuba awak tegur anak tu sikit, suka sangat buat benda tak elok..
Suami : Aiii... anak awak, memang ikut perangai maknya. Buruk!!

*********

AWAL PERKAHWINAN

Isteri : Bang, Ayang tak pandai masaklah
Suami : takper, biar abang masak..

PERTENGAHAN PERKAHWINAN

Isteri : Ayang tak pandai masak..
Suami : Masak ajalah apa apa pun..

PENGHUJUNG PERKAHWINAN

Isteri : Ayang tak pandai masak..
Suami : Bakar ajalah dapur tu!!

*******

AWAL PERKAHWINAN

Isteri : Bang, hari ini kita pergi makan kat kedai ya...
Suami : Okey, no problem !

PERTENGAHAN PERKAHWINAN

Isteri : Hari ini kita makan kat kedai ya..
Suami : Awak tak boleh masak ke?

PENGHUJUNG PERKAHWINAN

SARA : Hari ini kita makan kat kedai ya..
APIT : Awak nikah ajalah dengan mamak kedai tu..

**********


kesimpulannya, kasih sayang itu tidak boleh berkurang, tapi haruslah bertambah. Watak2 diatas tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau mati.

K-E-L-I-W-O-N

Smalam ada cerita keliwon. Seronok. Best. Menarik. Kali kedua aku tengok keliwon.

Tapi asyik tak puas hati sikit bila tengok keliwon.

Hantu boleh bunuh orang. Bunuh Khalid, ayah dia dan baby itu.

Kalau tiada jagaan parents/abang2 atau kakak2/ mungkin boleh terpesong akidah budak2.

Hanya Allah je yang boleh mengarah malaikat maut untuk mencabut nyawa hambanya.

Bukan hantu@pelesit@jembalang.

Budak2 makin takut dengan hantu. Hantu boleh membawa maut.

Tapi nak buat macam mana kan. Kita kan nak kearah kemajuan. Selain dari semuanya nak dalam English. Hantu pun kenala pandai bunuh orang. Nanti tak setaraf dengan filem2 asing. Gitu kot.

teruskan menonton keliwon.

Wednesday

TRIBUTE TO H-E-R. I LOVE YOU

HAPPY BIRTHDAY MAMA.

I LOVE U SO MUCH.

Mama dah hidup for 47years kat atas dunia ni.

Mama dah accomplished many things until now.

I am proud of you mum.

You have done so much to me.

But i can only give you a kiss and a bottle of perfume tonight.

I hope i am the biggest gift u have until today.

i dont know how much longer u will be here for me.

But i'll always pray that u will always b beside me.

YA ALLAH, Please dont take her away before u take my life.

Because simply i am not ready yet for it. Im too far to think about it. Please dont. Insyaallah.

Amin.

Tuesday

Manek Urai

Pembangkang menang dengan majoriti 65.

Bersamaan dengan 2 anggota puteri dibaling dengan batu dan botol berisi air. Juga dimasukkan ke hospital.

Semoga berpakaian neutral lain kali untuk mengelakkan kejadian begini

Sunday

M.U.E.T

Hari ini cikgu2 bahasa inggeris@ cikgu muet complain pasal result teruk.

ada yang kata " some of them cant even speak english "

ada yang kata " they cant even use proper grammar "

Aku kata, "What the heck"

Korang English Teacher, you are supposed to know your students better,

Cakap sahaja tak boleh. Cikgu pun kena usaha sikit. Wat private practice dengan diorang. Start dengan speaking using simple sentences. Ni bukan. Duk salahkan pelajar. Ape daa.. Tak faham aku apakah jenis cikgu begitu..

Tapi tak boleh nak salahkan cikgu seratus peratus. Pelajar tu pun sepatutnya dah boleh cakap sepatah dua kata. Habis tu selama ni belajar apa kan.

Saturday

Lagi isu pasal ppsmi. ramai yang membuak buak

Banyak blog yang aku baca pasal isu2 ppsmi. Ramai yang tidak menyokong pemansuhan PPSMI. Ramai yang bercakap pasal masa depan, long term, nasib bangsa, bahasa inggeris di pakai di University.

Aku juga seorang pelajar, meminati bahasa inggeris, melanjutkan pelajaran dalam bahasa inggeris. Aku suka bahasa inggeris. Aku gemar bahasa inggeris dan jika diberi peluang untuk belajar maths n science dlm bahasa inggeris. Aku sangat suka. Dapat strive lebih tinggi dari pelajar2 lain.

Tapi sekarang aku mengajar maths buat sementara waktu kerana cikgu bersalin. Aku mengajar dalam bahasa inggeris tapi semua pelajar mahukan aku ajar dalam Bahasa Melayu. Jangan speaking katanya. Lagi tak faham. Should i proceed or should i stop using english. Aku stop kerana walaupun pendirian aku kuat, hati aku lemah. Aku kesian.

Senang untuk bloggers bercakap pasal isu masa depan, hak belajar, kemajuan bangsa, rugi dan untung, sedih dan sesal tapi hakikatnya bangsa kita masih belum bersedia. Kita bersedih pasal isu ini, betul. Aku setuju. Kita sedih pasal kerajaan tak memberi masa lebih lama untuk PPSMI. Ye betul, aku setuju. Kita sedih pasal nasib bangsa2 kita makin mundur. Ye betul, aku setuju.

Tapi buat apa jika benda ini tak effective. Tak sedihke kita kalau ada pelajar yang ternganga dalam kelas sebab tak faham. Tak kesian ke kita bila tengok ada pelajar bila ditanya dalam bahasa inggeris terpinga2 pinga nak jawab apa. Tak terkilan kita bila tengok pelajar2 yang kita mengajar, fail dalam peperiksaan. Tak sebak ke kita bila kita lihat pelajar2 tidak boleh jawab soalan yang senang. Soalan yang dah berpuluh2 kali ajar pun tapi tak boleh jawab.

How much time do we need to spend for each person until each of them understand. Aku tak kata aku berputus asa. Boleh, tak mustahil jika aku bagi perhatian kepada setiap individu dan megenal pasti setiap masalah yang dihadapi pelajar even sekecil zarah sekali pun. Tapi mampukah kita dengan waktu period yang terhad.

Senang untuk korang di luar sana bercakap. Senang untuk korang diluar sana memberi idea dan pandangan. Senang untuk korang diluar sana meluahkan rasa kekesalan dan tidak kepuasan hati. Senang untuk korang diluar sana membuat method baru/modul baru..

tapi kami disini yang merana melihat pelajar. kami disini yang terpaksa melihat pelajar tidak ke University kerana GAGAL. Kami disini yang terpaksa medengar rintihan dan luahan pelajar. Kami disini yang terpaksa memberi harapan palsu. Korang tahu ape?

Memang ini kelebihan untuk pelajar yang suka bahasa inggeris dan ini satu ke "malang" an terhadap mereka yang tidak boleh cope. Pelajar yang pandai bahasa inggeris tdak akan mengalami masalah belajar maths dan science dalam BAHASA MELAYU ATAU BAHASA INGGERIS. tapi pelajar yang lemah akan mengalami masalah dalam belajar maths dan science dalam BAHASA INGGERIS TAPI BUKAN BAHASA MELAYU. Janganlah kita SELFISH sangat. Pentingkan kemajuan sematamata. Yang jadi mangsanya adalah pelajar. Lihat bukti. 85 peratus fail.

Kalau ada yang kata "this takes time". OKay. But until when? for how long?. Apa yang terjadi kepada pelajar yang "on the way" kearah kemajuan tu. what will happen? Bukannya korang bagi duit kat dia. Bukannya korang akan jaga dia. He or She will take care of themselves soon. Apa nak jadi dengan pelajar2 ini.

Aku akui orang yang sokong PPSMI ni sudah tengok/ berpandangan jauh. Tapi mungkin tak sejauh orang yang tidak sokong PPSMI ni. Aku salute kepada orang yang fikirkan kemajuan pelajar pelajar. Tapi aku lebih salute kepada orang yang fikirkan kesusahan pelajar pelajar.

Aku cadangkan kalau mahu juga dibuat PPSMI ini. Kita duduk semeja. Bukan sehari dua. Tapi kita duduk semeja sekurang kurangnya setahun dulu. English teachers, Maths teachers and Science teachers. Kita buat satu modul/method mudah untuk diikuti oleh guru dan pelajar. Supaya guru tidak mengalami masalah berbahasa dan begitu juga dengan pelajar tidak memahami masalah memahami. Dua dua faham. Ambil masa yang lama dulu dalam perancangan, biar betul2 prepare. Kalau tak betul2 prepare. Inilah jadinya. Kerja sekerat jalan.

kerajaan sudah melakukan something yang betul dengan memantapkan dahulu Bahasa Inggeris dikalangan pelajar. Thats right. Itu langkah pertama.

Friday

A tribute to my students. Hadiah utk korunk. BACALAH. untuk guru2 & bakal2 guru & murid2 & ex-murid & semua.

Cukup dengan isu PPsMi. Cukup dengan isu Politik yang x abes2. Yang penting setiap individu kena tengok diri sendiri. We are the future parents, we decide whats the best for our future children. tak gitu. Aku mmg terkesima dengan comment "pampered by words" dlm isu PPSMi. Lagi panjang dari aku punya post. Lawan tauke plak ea. he3.

Aku ada 1 minggu lagi dengan anak2 murid aku. Dah lebeh kuang 5 minggu mengajar. Walaupun aku agak garang tapi aku dah close ngn anak2 murid aku. Ada 3 golongan pelajar yang agak close dengan aku. 1 - bdak2 hostel 2. bdak2 baik 3.bdak2 nakal 4.bdak2 keinsafan 5. Bdak lain2

1-Bdak hostel
Aku pun takthu knpa rapat dengan bdak2 hostel. Mebi diorang kurang kasih syg n terikat dengan peraturan kot. Bila aku masuk kelas, wat lawak2 sengal, bagi tgok mvie(kadang2 je,k) diorang rasa seronok. Dan aku selalu cerita pengalaman ak kat hostel, jenis2 manusia di dalamnya, dan knpa aku dah dua kali lari dari hidup berasrama (form1, n form4).. heh

2.Bdak baek
Golongan ni aku baek ngn diorang. Aku takde2 gurau kasar@bodoh dgn glgan sebegini. Aku banyak puji diorang. Contohnya cam "Tengok Amer tu, dahla baek, sopan, handsome plak tue, patutla ramai gurl suka".. Pastu budak2 laki akan "uuuuuuuuuu".. Dan aku suka tyme bdak2 ni merah muka.. lagi aku kacau.. haha

3. Bdak2 nakal
Golongan gini aku paham condition ngn budaya hidup diorang sbb kwn2 aku reramai cenggini. Aku dengan senang blh teka yang mana merokok, bercinta, merempit dan ponteng klas. Aku buat diorang rasa yang aku setaraf ngn diorang. Diorang akan rasa aku ni cam diorang gak dlu.(mungkin ya sediikit, tapi bkn smua). Bdak2 nakal lam kelas byak ada interest lain. Contohnya, ada budak ni tyme ak mengajar, tak minat langsung belajar.. Bila aku citer pasal guitar, chord guitar, chord2 yang ada lam laptop aku, pastu camne lagu cromok. Baru aku nampak interest diorang. Bdak2 nakal yang senyap, mula berbual ngn aku dan bercerita pasal macam2. (ini pengalaman baru buat aku, aku mula2 dah cop bdak tu sengal, rupanya dia pandai nyanyi dan suka men guitar)

4. Bdak2 hampir keinsafan
Ni kebanyakkannya aku ngajar kelas tak hujung dan tak jugak pandai. diorang tengah2. Diorang ni berminat nak belajar. Bila aku ajar diorang basic maths. aku kena ajar cenggini. (-10+2), -10 tu perempuan, +10 tu lelaki. Lelaki dan perempuan mana lagi ramai. Diorang akan jawab perempuan. Jadi sape menang. Perempuan menang. (-2x-2) kalau bab negatif dan darab negatif ni, untuk diorang tak confius, ak kne tanya diorang, lelaki duduk dengan perempuan, dosa atau pahala. Diorang akan jawab dosa. Kalau dosa negatif. Perempuan duduk dengan perempuan, dosa atau pahala. Diorang akan jawab pahala, jadi jawapan positif. Diorang seronok bljar begini. Bila diorang phm, diorang suka aku ngajar dan minx aku wat extra class. untuk pengetahuan, bdak2 cenggini suka ponteng klas, masa klas aku je full (dengan nada berbangga)

5. Bdak2 yg aku berjaya beri kesedaran
Bdak2 cenggini kbyakkan budak2 sains. Bdak2 baik. Bdak2 spm yang dah matured. Bila jumpa aku je, diorang akan salam dan cium tangan. Bdak2 gini aku berjaya keluarkan tangisan dari diorang. Maaf. kebanyakkan mak bapak pelajar2 ini penoreh dan kerja bukan kerajaan. Diorang hormat aku pasal aku bagi ceramah free yg berguna. AKu bercakap pasal kesusahan mak bapak, aku suh diorang janji dengan aku, buat satu soalan je satu hari, kalau dah sbulan 30 soalan. kalau 5 bulan. dah berbuku-buku. Aku buat diorang nampak dengan jauh masa depan diorang. Aku compare kan dia dgn dak maahad (madihah). Kenapa madihah berjaya. KErana ada istiqamah dlm diri. Aku cuba lahirkan istiqamah dlm diri diorang suh diorang wat kerja berterusan, x perlu wat byak latihan cba perlu buat sikit tapi everyday. Dan istiqamah ni bukan hanya penting disekolah tapi jugak di University. Aku yakinkan diorang yang if lagi miskin, lagi perlu berjaya.Miskin bukan penghalang kejayaan(siap dengan contoh, situasi dan keadaan sekali).

Bagaimana aku ambil hati bdak2 sekolah.

1.Selain dari memahami mereka, sekurang-kurangnya sekali sminggu aku akan bawak diaorang ke makmal komputer. Mengajar diorang komputer (email,fs,typing dan lain2). Dan aku bagi diorang tengok movie lawak2 (ace venture). Sbb diorang mmg tak layan citer BI sangat dan diexposekan dengan mvie2.Diorang suka cenggini

2. Aku duduk sama rendah dengan diorang dan juga berdiri sama tinggi. Kalau diorang merempit, cikgu dulu juga seorang Perempit. Jika korang ponteng, lompat pagar, Cikgu dulu juga ponteng, lompat pagar, Jika korang merokok lam toilet dan tak kantoi, cikgu dulu juga punya strategi macam kamu. Jika korang fail subject, tak study dan tak hormat cikgu, Cikgu dulu tidak begitu, cikgu study, tak fail, cemerlang lagi dan sangat menghormati cikgu. Jadi korang jangan tipu cikgu ya.. jangan kata kita tak sama. Kita serupa tapi tak sama. Kalau ada budak2 tak fhm, aku akan duduk satu meja ngn diorang, conteng buku diorang, dan pakai pensil diorang.. cam close fren gitu.. Kat dak2 perempuan pun aku wat gitu.. sbb tu ramai perempuan lagi tak fhm..

3. Kalau aku bagi latihan atau kerja sekolah, each person aku akan check dan comment. Buat mereka rasa dihargai.. kalau ada yang tak wat kije, aku akan suh diorang wat sekarang. Dan kata, "cikgu dulu pun tak wat kerja sekolah , wat sekarang, jgn tiru" tapi kenala bertempat ya..

Bagaimana aku dapat tahu diorang suka aku (bukan perasan@ poyo)

- Diorang ajak aku jamming sekali ngn diorang. Siap nak belanja lagi. Tapi tidak. Aku tidak pergi pun
- Bdak2 hostel ajak aku ikut serta ngn diorang pergi makan buah di kebun. Beria ria diorang ajak. tapi tidak. Aku tak pergi pun.
- Masa tengah2 jalan kat pasar malam. Seorang budak menepok blkang bahu aku. Sambil menghulurkan manggis. "cikgu, ni utk cikgu" . Bdak2 tu jual manggis di pasar malam. Aku agak terharu. Dia sanggup kejar aku tuk bagi manggis.
- Malam dak2 kelas nakal akan call aku ajak aku pi minum air di gerai2.
- Hari ini(sabtu) kitaorang akan pergi bowling. Tumpang kete cikgu. cikgu bawak diorang ke KBMALL.
- dan macam2 lagi kejadian2 5 minggu aku kerja sbgai guru ganti. Tak cerita lagi pasal bdak2 tusyen malam di maahad lagi.

Disebabkan ini minggu terakhir aku(12-16 july). Aku agak terkilan, berat nak tinggalkan diorang. This is for you guys. Thanks for cheering up my lyfe for these 5 weeks.

Thursday

SekS ni meMang teruk. Ketepikan isu ppsmi

Penyakit kelamin- HiV/AIDs dan sifilis ni Famous kan? Anak luar nikah. anak buang. macam lagi. Kenapa? Sapa yang perlu dipersalahkan?

Lagi isu yang masih belum diselesaikan oleh kerajaan.

Istilah ‘seks’ dalam Kamus Dewan bererti – sifat-sifat yang membezakan laki-laki dan perempuan, jantina dan keinginan syahwat. Manakala ‘seksualiti’ pula-sifat tabii atau dorongan seks; dan ‘seksual’ – berkenaan seks; persetubuhan antara lelaki – perempuan.

Ramai yang menyalah erti bahawa isu PENDIDIKAN SEKS ini adalah mendedahkan remaja dengan aktiviti seks.

Oleh itu, jelas konotasi istilah ini sudah membawa gambaran dalam minda remaja dan masyarakat tentang pendidikan seks adalah topik-topik berkait fantasi, libido, teknik seks anal-oral, praktis seks selamat, posisi ‘intercourse’ dan sebagainya.

Kita perlu mengkaji, adakah pendidikan ini bertujuan mengekang remaja terjebak daripada amalan seks bebas atau mengekang remaja wanita daripada hamil tanpa kahwin, atau mengelakkan kejadian buang bayi yang berleluasa? Ini kerana, setiap persoalan itu menuntut kepada kaedah pelaksanaan yang berlainan pula.

Akhirnya, segolongan pakar berpendapat bahawa pendidikan seks cuma bertujuan memastikan agar remaja mengetahui dan memahami asas-asas untuk memelihara diri dari hamil dan mengelak dari jangkitan kelamin seperti Aids, siplis dan sebagainya dan bukan mengelakkan mereka dari melakukan seks bebas.

Menurut Kajian Hubungan Seks Sejagat-Aspek Golongan Muda pada tahun 1999, remaja Malaysia secara purata melakukan seks 72 kali setahun. Kajian itu membabitkan 4,800 remaja dalam lingkungan 16 – 21 tahun bagi mengenal pasti tabiat seks mereka.


Walhal, alat pencegah kehamilan terjual di kaunter secara terbuka di kedai-kedai yang beroperasi 24 jam seperti 7–11 dan lain-lain. Dalam era teknologi maklumat & ilmu yang berkembang, adalah mustahil ramai remaja yang tidak tahu bahawa alat pencegahan itu amat sesuai menyelamatkan mereka daripada HIV dan kehamilan tanpa dirancang.

Akhirnya, kita haruslah memikirkan kembali - adakah kedudukan pendidikan seks ini wajar dijadikan ‘pendidikan rasmi’ atau ‘pendidikan bukan rasmi’ di sekolah?

Wednesday

PPSMI TIDAK WAJAR DILAKUKAN. TEPAT SEKALI

PPSMI TIDAK WAJAR DITERUSKAN. TEPAT. BENAR DAN BIJAK.

SBGAI SEORANG GURU MENGAJAR MATHS. AKU PUN BERPENDAPAT BEGITU.

KERAJAAN SEHARUSNYA MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERIS DIKALANGAN PELAJAR DULU. BILA DAH BETUL2 MANTAP2 BARU LAKSANAKAN PPSMI.

ATAS SEBAB2

-> PELAJAR MENJADI KURANG BERMINAT DALAM MATHS N SCIENCE DISEBABKAN TIDAK GEMAR BERBAHASA INGGERIS

-> GURU TIDAK BERPENGALAMAN DAN TIDAK MENGAJAR DALAM INGGERIS MENYEBABKAN PELAJAR MENGALAMI KESUKARAN DALAM MENJAWAB SOALAN

-> BAHASA INGGERIS PELAJAR TIDAK DIMANTAPKAN DAHULU MENYEBABKAN PELAJAR MENGALAMI KESUKARAN JUGA.

-> KELEBIHAN KEPADA KAUM CINA DAN INDIA KERANA KEBANYAKKAN MEREKA FASIH DALAM BAHASA INGGERIS.

-> KELEMAHAN/KEGAGALAN BANGSA MELAYU KERANA KURANG FASIH DALAM BAHASA INGGERIS.

->JIKA PPSMI DITERUSKAN. KEMUNGKINAN AKAN EKONOMI/PENDIDIKAN/SEKTOR2 LAIN LEBIH DIKUASAI OLEH BUKAN BANGSA MELAYU.

*****

UNTUK BANGSA KITA. PPSMI WAJAR DIMANSUHKAN. BAHASA INGGERIS WAJAR DIJADIKAN SUBJEK WAJIB LULUS.

Jangan Kencing kalau mahu nangis Ye.

balik mengajar sekul pukul 2. balik rumah layan upik,abu dan laura dulu. sugguh aku suka cerita ini.

Sanggup aku gadaikan waktu tido aku.

Belum habis cerita tu. Dah dapat panggilan dari Madam Besar,

"Adek kencing kat sekolah, dia tunggu kat kantin. Bawa seluar dengan towel sekali.Cepat. Emergency"

Sbgai seorang abang yang baik dan macho, aku kena/harus/wajib gelak dulu , x dpt cover.

"hahahaha, darjah 3 pun terkuncil dlm seluar lagi" kata aku

"Abg jenis ape la ni,Cepat!" Mak aku.

Aku pakai baju. Buang kaen sarung. Pakai jeans. Pakai T-shirt. Amek seluar dia dan drive dengan laju. Adek kesayangan tengah kesusahan. Ini kes wonderpet kata aku dalam hati.

Sampai sekolah. Ada kawan2 dia kata. "Hafiz ada kat atas kelas, nangis".
Sedihnya dengar. Sian dia.

(Ini kawan2 dia. Cool bukan. Lihat yg hujung sekali. Begitu sporting mengankat tgn spt ketam)

(Tindakan drastik yang dibuat oleh abang dia sendiri. Membawa pulang adeknya yang menangis. heh. Sedih ku lihat walaupun mahu ketawa, itu pengasuh dia)

(Ciss. Sempat lagi kawan2 gelakkan dia. Mahu sahaja aku kasi buku 10. Aku tumpang gelak sekali )


********
Balik di rumah sesi soal siasat. Kenapa adek kencing dalam SURAU.

"ustaz kata jangan tinggal solat berjemaah, kalau nak kencing. Kencing dlm surau". Tengah2 smayang dia kencing. Sekolah sesi petang.Budak2 blh jadi terlalu lurus kadang2. Adoii...

*********
p/s - Aku dulu masa darjah 3 dah macam tingkatan 3 (dengan nada berlagak, mana main nanges2 ni, kawan2 perli. aku sepak la. n lari. n tak dtg sekolah. Cool bukan) heh ~)

Tuesday

Mendidik ke begini? This is not a good example. Please dont try this at school.

Guru seharusnya mengajar dan mendidik. Tapi aku?

Bawak pelajar pergi library dan bersembang.

Bawak pelajar pergi library dan kasi pelajar laptop supaya mereka blh layan "bleach" dan movies.

Bawak pelajar pergi library dan mendengar lagu.

Bawak pelajar pergi library dan bermain chess.

Waktu free. Cikgu buka laptop dan berblogging.

Hari ini aku sengaja hilangkan "buku maths" supaya tidak perlu mengajar.

Hari ini hari gembira. Untuk Aku dan Mereka.

Esok pula, Belum tentu lagi bagaimana. Sekian.


p/s- selalunya aku agak strict dalam kelas dengan aktiviti motivasi diri dan latihan bertubi2.

Aku takut terlampau stress kan diorang. Let them have their day today. Only for one day to releks. haha.

Monday

Ambil 1 minit dan baca. Tak rugi.

orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan:
Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.
Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.
ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

( aku dah lupa ambil petikan ni dari mana)

aku masih ada ibu. Hargailah ibu anda.
Buat pampered by words- jgn sedey2 ea baca ni.

p/s- bufday mak aku 16hb July. Ada idea tak nak kasi ape? ciuman je ke atau doa je?

Sunday

Sebuah cerita pengalaman benar.

Smalam aku bergerak mengajar tusyen di sekolah Maahad Tahfiz Sains di sebuah daerah. Aku mengajar English form 3. Aku admire sungguh diorang nih. Berbeza dengan pelajar2 aku di sekolah menengah harian biasa. Sangat berbeza.

Pelajar2 maahad ini sungguh "respect" dan "hormat" pada guru. Mahu dibuka dan merujuk kamus pun still minta kebenaran dengan aku. Kalau sekolah aku, bertanyakan soalan pada cikgu pun tidak mahu, apatah lagi membuka kamus.

Pelajar2 datang ke kelas malam dengan berkopiah, ada yang berserban, masing2 memakai kain sarung. Tabiat aku di sekolah harian biasa suka duduk diatas meja. Sangat tidak gemar utk duduk diatas kerusi. Tapi apabila mengajar di maahad tahfiz. Aku berdiri selama 2 jam. Tanpa duduk smbil memantau pelajar. Kenapa? kerana diatas setiap meja ada al-quran dan tafsir, even di atas meja guru pun.

aku ada hampiri seorang budak.

"faham semua" kata aku.

"takpe dia kata, dia cuba rujuk kamus dlu " katanya.

Wah, diorang mmg excellent.

*******

6hb julai. Kelas 5A3.

Aku buat tindakan drastik. Smalam hanya 8 daripada 35 hadir kelas tambahan 30 minit.
1.25-2.00 JE. Aku ugut nak bawak Pk Hem datang jumpa kalau tak datang lagi because i care bukannya dendam.

Diorang cabar aku. "panggila cikgu, panggil la.. PK.HEM pun takut dengan saya" katanya..

Syafarik nama budak tu. Aku turun. Pergi bilik PK KO dan panggil dia naik atas.

Tak kena rotan, aku tak kasi cikgu tu rotan. Kena leteran dan ugutan je dari cikgu tu.

p/s- internet rumah rosak, aku pakai wifi sekul aje. sekian

Saturday

im talking crap. You can choose not to read.

tq neon -> haha.. ak balas komen ko kat sini la, leh.. cam seronok sikit.. tade kije kan..

btul la apa ko cakap.. i am what i think i am.. so next tyme ak rasa.. i can uncover my mask..

dan letak gambar kat profil aku..

ramai la buli ak.. kalah ko nti.. ehek..

Wednesday

Puaskan nafsu anda. Sila2x. Jangan segan. Ini Bukan Gambar Lucah

Semalam aku ditugaskan untuk tangkap biawak rumah jirann. Ini hasilnya, Fresh lagi. Sape berminat untuk beli boleh bgtau. Aku akan poskan dagingnya. Sila puaskan nafsu anda.


( Ini gambar biawak buat Yoga. Aku dah latih dia utk buat performance)
- cool bukan? mahu aku latih kamu juga.


(Ini aksi biawak semasa disuruh buat aksi Selusur, ala2 kenkeng gitu)

( Ini aksi dia bila ditanya siapakah neon. Takut dia. Neon kan sudah jadi cikgu)
( Ini gambar diambil dari bahagian atas. Cantik kan. Panjang ekornya )

( Aku mintak maaf utk cats lover (SZ). Terpaksa pakai sarang kucen utk pelihara dia)

( this is my pet. nama dia COMEL ).Comel bukan?

( please, tolong jangan curi gambar2 ini utk publisiti murahan anda )
- background ker..
- Gambar perhiasan rumah ke

Kualiti tak clear. Kamera cikai shja. Want your own exotic pet. Call me. Anonymous.

Tuesday

Hidup kadang2 cam sial

Lepas makan manggis + durian pukul 12.++ mlm. Hidup aku berubah syial. Nak je aku salahkan
buah buah tu.

Smalam tak blh tido. Asyik terjaga. Panas. Mungkin sbb makan durian.

Pagi drive ke sekolah cam biasa. Tak tengok mirror. "BOOM". Langgar tiang. Aku harap takde cikgu yang perasan tapi ada cikgu cikgu disebelah memandang sambil tersenyum.

Ciss. Mentang mentang aku jantan macho yang muda. Senyum plak. Ak senyum balik wat muka selamba rock.

BUkan kereta aku. Aku harap tak ada sape yang perasan ada kemek sikit dibelakang. Takde duit nak repair lagi.

Walaupun aku cikgu ganti. Kena isi record pelajar. Dah siap isi semalam. Pelajar perempuan yg comel tolong cikgu dia yang hensem.TQ

Hari ni dapat tahu aku salah isi. Aku isi exam selaras 1 bukan 2. Kena isi sekali lagi. Budak-budak terpaksa liquid balik. Isi balik. Kesian diorang. Habis liquid. Aku akan ganti. Dah upah rm5 sorang utk dua orang. Rasa sebersalah.

Cite belum habis lagi. A teacher who happens to be my mum complain. Tulisan dalam buku record pelajar buruk. Kelakuan tak isi. Ulasan tak buat lagi. Aku cakap ok. Fussy pulak pasal tulisan, Asal boleh baca dahla. "tak boleh" katanya. Pengetua strict. Pengetua perempuan biasala. Mak aku pun perempuan biasala.
(bukan tulisan pun, nombor je, serius tak buruk dan blh dibaca, percayala)

Mungkinkah most perempuan fussy dan perfectionist?? Aku dah label kan begitu. Maaf.

Aku cancelkan kelas tambahan free dengan pelajar aku hari ini. Kesian. Diorang kena tempias jugak. Tapi takpe. Aku tak nak mengajar kalau tidak berkualiti.

Monday

Jangan baca kalau tak bersedia. Serius.

Salam Sejahtera semua.

" CIKGU JALANG MACAM NI PUN ADA KE.. PLEASE TOLONGLAH BLAH DAN PERGI MAMPUS TERUS KALAU ADA"

"STOP LA CAREER JADI CIKGU, LEBIH ELOK LA KAU PERGI BAKAR DIRI KAU JADI ABU"

Mungkin keras kata kata aku. Tapi aku serius. Jangan rosakkan bangsa yang dah rosak.

Hari ini pelajar aku(kelas aku) wat aduan dekat aku. Bukan seorang, dua tiga orang jugak. Seorang guru lelaki, nama dirahsiakan, buat sial kat pelajar-pelajar aku sampai budak perempuan tu cerita menangis nangis dekat aku.

Cikgu tu cikgu seni. Bilik dia dalam sekolah ini sangat terpencil. Jauh dari cikgu2 lain, jauh dari segalanya. Cikgu seni nak ilham, mana blh buat kerja tempat2 bising. Agaknya begitu la.

Pelajar aku hampir diketuk dengan tukul besi kerana meminta untuk pergi ke tandas. TUKUL BESI! Bukan rotan. Dan bukan itu sahaja! Malah aku difahamkan oleh pelajar pelajar aku lelaki dan perempuan, Cikgu Sial ni selalu buat sexual harrasment di dalam kelas.

Mintak pergi tandas pun kena lemparan kata kata lucah. aduss.. mengeluh je aku mendengar..
Kalau dah cikgu pun macam tu, kalau anak murid apetah lagi. Tak blh nak salahkan diorang la.

Ditambah lagi oleh pelajar2 aku, cikgu ni selalu bercerita pasal anggota badan perempuan. Aisey, seni ke tu? Bercakap pasal seks secara meluas dlm kelas. Mungkin cikgu ini belum faham apa itu "sex education" yg diwar-warkan oleh government..

Korang semua dah 18 keatas. Aku percaya itu. Aku nak masukkan kata2 dari cikgu tu bila pelajar perempuannya buat seni smbil berdiri dlm kelas. Tapi bimbang ada bloggers yg offended plak nanti. Aku dah tulis tapi aku padam semula.

Sekian.

(apa perlu aku buat)
Mahu ditelan mati bapak, mahu diluah mati mak

Ini bukan lawak. Ini serius.

Aku mengajar tusyen malam hari ini. Subject BAHASA INGGERIS PMR. Lawak ke? Ini bukan lawak. Ini serius. Masih mengajar kelas belakang lagi. Satu dugaan lagi. Pagi SPM, mlm PMR pula. Pagi Mathematic, mlm English pula. Aduss. Tidak kuasa untuk mengeluh. Tapi bukan part ini yang lawak.

Budak2 pandai tapi diorang tak menggunakan kepandaian dengan sepenuhnya. Aku tak kata diorang bodoh atau bangang. Tidak sama sekali terlintas. Mungkin kurang pandai agak bersesuaian.

****************
ADEGAN PERTAMA

Aku masuk kelas,

"Good night, Sir "

"Good Eveniiiinnnnngg!!!! One more time " kata aku.

**********
ADEGAN KEDUA

" Write one sentence using coconut "

" Coconut SHIT is delicious "

************

ADEGAN KETIGA

"Coconut shell is hard feeling "

Aku sendiri pun konfius ayat ape dia cuba buat. Rupanya ini adalah direct translation.

"Kulit kelapa keras rasanya"

*************

Aku tak rasa ini lawak. Ini serius. Tapi bahagian cocunut shit ak tergelak kecil la juga tadi.
Sabar je la. hehe

Sunday

Lantak kau lah..

Istilah ni korang selalu dengar

" bila senang ramai, bila susah tiada, semua lari "

Aku nak tukar istilah sikit

" bila susah aku datang, bila aku susah takde sape yang tolong"

"Bila susah, orang pertama ko mesej mintak tolong, aku, dan aku tolong"

dan " Bila aku susah ko orang ke-100 aku mesej mintak tolong dan still aku tak dapat pertolongan "

Last2 sekali aku terpaksa rely dengan diri aku sendiri. Dan apa aku belajar dari itu.
Kawan bukan teman kita hidup dan mati. Mungkin bukan kawan di pengajian tinggi.

Aku still boleh rely dengan kawan sekolah yg dem baik. Seriusly, kalau aku diberi pilihan utk bawak kwn ak turut serta ke syurga. Aku akan pilih kawan di bangku sekolah.

ni pendapat aku. Berdasarkan pengalaman aku. Kalau ko? aku tak tahu lah.

gile dah kau. ak tak peduli

Matahari di sebelah petang sungguh cantik dan indah.

Anak2 murid aku sungguh comel dan baik.

Abah & Mama sweet bersama. Sayang mama dan abah.

Chubby(adek) dah makin besar sekarang. Pejam celik. pejam celik. Dah 9 tahun.

Pemandangan di waktu pagi di sekolah sangat cun.

MAMA, manusia mati silih berganti !

MAMA, kenangan hanya sekali !

Mama, kita manusia tak kekal hidup selama lamanya !



"AKU MAHU KAMERA, BOLEH MAMA SUPPORT SIKIT NANTI "

Friday

hari ini hari sabtu.. ak tahu

a'ah. Hari ini hari sabtu. Aku tahu. Kau pun tahu. Itu sudah pasti dan jelas. Dan hari ini juga hari cuti. TAPI bukan untuk aku. Aku perlu pergi sekolah. Ada pertandingan macam-macam.

"SEMUA STUDENTS WAJIB DATANG SEKOLAH"

ITU PUN AKU TAHU. DAN diorang pun tahu.

7.45 pagi - satu announcement dari PK KO -

"SEMUA GURU KELAS DIKEHENDAKI TURUN PERHIMPUNAN UTK MENGAMBIL KEHADIRAN "

7.50 - Aku ke pejabat ambil register.

7.53 - Aku turun ke perhimpunan. Semua pelajar dah beratur. Aku guru kelas pertama turun.
Semangat nak jumpa anak murid terutama dua2 shahrul itu.

7.55 - Ak mencari cari. Meraba raba keseorangan. Tergaman seorang diri.
"Mana 5A3 ni.. kat mana eh. rasanya dah kat sini dah, ISh!! pelik "
Sbgai seorang guru baru. Aku memang selalu mengelamun sorang2.

8.00 - Ada pelajar melambai-lambai kat aku. Aku senyum dan menuju ke sana. Penolong ketua
yg melambai2 arah aku. Baik sungguh dia. Fadhilah namanya.

*********

AKU : FADHILAH, berapa orang tak hadir

FADHILAH : Saya sorang je datang Cikgu.

AKU : Awak sorang datang, aku seolah olah tidak percaya.

FADHILAH : Saya sorang je cikgu

AKU : Kesian awak, awak pergi masuk barisan orang lain.

2,3 minit kemudian. Fadhilah sudah hilang.

CIss. Pelajar aku. Tak habis2 buat hal. Nak Kena diorang ni!

Sbgai guru kelas, aku malu. Pelajar datang sorang dan cikgu menulis blog dlm bilik.

Hari ini hari SABTU, aku tahu. Ko pun tahu. Anak murid aku pun tahu. TAPI hari ni ada sekolah nak buat macam mana. Kalau garang, korang kata aku garang. heh.

Thursday

tengkingan kesedaran

2 orang pelajar aku mintak ke tandas serentak. Macam biasala budak sekolah. Perlu ada yang teman. Aku pun tak faham kenapa. Selalunya pelajar perempuan la.Kalau aku kata tak boleh, pergi sorang2 . Tiba2 yang nak terkencing tu pun jadi tak mahu kencing pula. Kerana kasihan aku bagila dua orang keluar kelas.

"3 minit je" aku cakap.

"baik cikgu" diorang mengangguk.

Selepas 15 minit, dua dua bdak lelaki tu tak masuk kelas lagi. Diorang ingat ape?? aku ni cikgu main-main ke? aku bertekad nak bawak dua orang pelajar tu ke bilik disiplin. Gila garang aku. Waktu tengahari katakan, cuaca pun panas. Aku pun panas.

Aku arahkan seorang budak nama Zulkarnain atau (macha) nama panggilannya dalam kelas untuk cari kedua dua shahrul itu.

Seorang suspect berjaya dinaikkan kat atas.

Aku tanya " Awak pergi mana tadi"

"saya pergi tandas cikgu" kata shahrul

" bapak penipu besar budak2 sekarang kata aku dlm hati"

" MACHA!! awak jumpa Shahrul dekat mana"

ZUlkarnain dengan jujur kata dia jumpa Shahrul dekat BAWAH POKOK.

Aku senyap, aku tak marah shahrul sekurang kurangnya dia masuk kelas.

LEPAS 30 minit, seorang lagi shahrul menjengok jengokan muka di belakang pintu kelas.
AKu tak nampak, pelajar aku yang nampak.

Diorang jerit, " NI CIKGU! NI CIKGU, SHAHRUL! "

Aku hentakkan buku maths form 5 diatas meja dan terus menuju keluar kelas,

Aku jerit, " SHAHHHRUUULLL, MASSUUKK KELLASS!!!!! "

DIA BERLARI MENYOROK DI KELAS SEBELAH.

AK KEJAR. SEMUA PELAJAR KELUAR KELAS UNTUK MELIHAT GELAGAT CIKGUNYA DENGAN SHAHRUL. KUAT JUGA AKU TENGKING

Akhirnya pelajar itu masuk kelas. Bila balik rumah, aku berfikir panjang. Macam "BODOH'' jugak aku tidak dapat mengawal emosi aku hari itu.

UNTUK PENGETAHUAN - INI KALI KE-2 AKU TENGKING PELAJAR AKU. ITULAH TENGKINGAN KESEDARAN.

P/S- AKU TAK BAWAK PUN BUDAK ITU BERJUMPA CIKGU DISIPLIN. MASIH ADA RASA KASIHAN MELIHAT MEREKA

Wednesday

Ak cadangkan koa pakai tooooot

2, 3 hari ni mood ak tak beberapa okay.

makan pun tak lalu. Nak senyum pun macam tak berapa nak senyum. Kenapa nih.

akak aku cadangkan aku pakai WINGPAD tyme macam ni. Mana ak nak cari. Ceit. Bodoh sungguh lawak dia.

Katanya kalau WINGPAD selesa sikit. Pekebenda????? ak tampal kat mulut dia bru tahu. Baru betul2 pad.

Monday

GILA BABI!

Jangan jadi GILA
jangan buat sesuatu yang GILA
Jangan berfikiran GILA-GILA
Jangan cuba untuk MENGILA

kerana akhirnya GILA membawa kamu kerana KEGILAAN DAN KEBINASAAN.

Aku telah membuat sesuatu yang GILA dan akhirnya membawa kepada kebinasaan diri sendiri.

Tapi aku selalu pesan kat students aku..

"korang perlu jadi seorang yang GILA BELAJAR, GILA BUKU, BUKANNYA GILA BABI DALAM KELAS.

Tanpa Seorang Perempuan

Tanpa seorang perempuan bergelar ibu siapalah kita...

Tanpa dia maka tiadalah kita di dunia ini...

Kaum Hawa adalah kaum yang mulia. Mengandung 9 bulan 10 hari dengan penuh kasih sayang.

Lelaki diciptakan berpasangan. Lelaki diciptakan untuk wanita dan Wanita diciptakan untuk lelaki.

Walaupun bilangan Wanita melebihi lelaki. Ini tak bermakna kaum lelaki boleh buat apa sahaja terhadap kaum wanita seperti -

kahwin melebihi satu tanpa persetujuan ?

Penderaan mental dan fizikal spt kes manohara ?



menyalahgunakan isteri sbgai orang suruhan dlm rumah ?

Kita kaum lelaki seharusnya menghormati wanita kerana mereka adalah antara ciptaan tuhan yang CANTIK dan tidak boleh berkata sesuka hati kerana mereka juga mempunyai "PERASAAN".

akhir wa kata- "perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya"

dan juga jutaan maaf utk entri sebelum ini..

Sunday

kO NAk maMpUS kaTa MacaM nI.

perempuan ni baik.. comel2 smua.. dan ada kelebihan masing2...

Apa yang aku fikirkan tentang wanita...

- hatinya lembut -- senang dengar nasihat dan pujukan -VS- suka percaya citer,gosip bukan2
- wajahnya cantik -- ayu bila dilihat mata, sejuk mata memandang -VS- suka menggoda lelaki
- pandai berjimat -- duit jarang habis, pandai simpan duit -VS- kebas duit boyfren.. smuanya boyfren
-sistematik, organize -- semua barang kemas, tersusun dan cantik -VS- lembab giler, smuanya makan masa, make up, kerja.. semua nk perfect

Lelaki pula

hati keras --> tetap pendirian.. sekali syg.. selamanya sayang
wajahnya berkutu2 --> muka tak penting asal hati ikhlas
membazir --> membazir utk kaum hawa juga, rokok tu tak kiraa la.. nk hidup..
x sistematik, organize --> tak cantik, tak organize tapi kreatif walaupun kerja last minute..

haha... ak saje2 tulis camni... tade kerja..