Tuesday

Pakcik! kami bukan pengganas, tapi kami..


Foto di Jabal Rahmah. Tempat Adam dan Hawa ditemukan kembali setelah berpisah. Dikatakan tempat ini terbaik untuk didoakan jodoh. Wallauhuallam~

Pakcik merenung jauh kami, dengan kerutan di dahi.
''Kuat juga anak anak muda mendaki bukit ''
Mungkin dia pelik melihat gelagat kami yang seakan akan bergembira mengambil gambar di tempat sejarah islam. Dengan halangan sinaran matahari, pakcik terus menyepetkan mata untuk melihat kami dengan jelas. Ditenungnya seakan akan berfikir, mahu mengatakan sesuatu, seolah olah dilihat dirinya dalam diri kami. Mungkin barangkali dihatinya berfikir,
'' Sewaktu aku muda muda, mana sempat aku menunaikan ibadat umrah, sibuk dengan tanggungjawab sebagai seorang anak dan seorang abang sulung dari 5 beradik, terpaksa bekerja keras dan menitiskan peluh seawal usia 12 tahun''
Dikerutnya lagi dahi, dan dialihkan badannya untuk melihat kami dengan jelas. Katanya '' Mungkin ini semangat orang orang muda, mendaki sepantas kuda berlari, walaupun penat, senyumnya tak pernah berhenti''
Melihat kami yang mengangkat tangan berdoa, pakcik ini kelihatan seakan akan yakin
'' Inilah pemuda pemuda pejuang islam, hati mereka yakin, hati mereka bersih, mereka tahu apa kejayaan yang mereka inginkan dan mereka tidak pula melebihkan dunia dan harta dari keredaan Allah''. InsyaAllah.