Sunday

Kisah Sedih Seorang Pelajar Bernama Eddy



Ini Eddy. Form 5.

Kisahnya begini, petang tadi aku pergi hospital kerajaan. Mahu berjumpa dengan doktor. Saje pergi hospital. Lama tak tengok nurse nurse (misi misi) yang cun cun. Salah satu tempat best untuk cuci mata. Sangat tak ade taste kan aku. Tapi apakan daya, dah terdesak mahu berjumpa gadis sunti.
Aku menunggu hampir 4 jam untuk berjumpa dengan doktor. dari pukul 12tgahari smpai pukul 4 baru dapat masuk jumpa doktor, hospital kerajaan ya. Bukan salah doktor, bukan salah misi, bukan salah Malaysia tempat2 semua lambat. Ini mungkin terjadi disebabkan oleh lambakan pesakit yang rindukan doktor dan misi misi cantik macam aku. Ini juga mungkin disebabkan ramai orang yang kedekut tidak mahu keluarkan duit untuk ke klinik swasta.

Di atas itu bukan aku. Aku lagi handsome dari itu. Itu juga bukan adek aku, mahupun sepupu atau waris saudara. Tapi itu adalah PELAJAR aku yang aku tak kenali sebab aku tak mengajar kelas dia.
***************
(kejadian di kantin hosp)

Aku tengah makan sorang

Eddy : Sorang ke?

( Aku pusing belakang, cakap dengan aku ke?)

Eddy : Cikgu makan sorang ke? Tak cam saya?

Cikgu : Tak cam la, awak bukan bdak kelas saya, mari makan semeja dengan cikgu

(eddy terus mengheratkan kerusi makan di meja aku)

Cikgu : buat ape datang sini?

Eddy : Jumpa mak

Cikgu : mak awak masuk wad ke

Eddy : tak, mak saya ni, kedai yang cikgu makan ni

Cikgu : Oh gitu.

Habis sesi temubual dan perkenalan, dapat makan free tadi. tapi bukan itu yang aku mahu cerita.

**************

Eddy ni pelajar kelas hujung. kelas ke 10 dari 11 kelas. Tapi dia pintar. Pintar dalam maths. Cikgu Maths sayangkan dia sbb hanya dia seorang yang lulus maths dan mendapat B maths dlm ujian selaras. Bukan ini yang aku mahu cerita.

Berumur 17 tahun dan berbadan kurus tapi aku percaya dan yakin dia lebih perkasa dari kamu semua. Dari 11 mlm hingga 3 pagi dia bekerja. Bekerja buat rumah. Mengangkat batu bata. Gaji sehari dari Rm15-Rm60. Sedih aku dengar. Datang sekolah dalam keadaan letih2 dan penat.

Tapi aku sebak mendengar kisah hidup dia. Walaupun panas terik dan bangang dengan doktor, , aku hanya tahan mahu mengeluarkan air mata. katanya cita cita nya mahu menjadi engineer. Sangat suka sains dan maths. Dapat skor B untuk maths dan sains. Insyaallah dlm spm dapat A1 kata aku.

Selain dari bekerja mengangkat bata. Dia juga pandai repair handphone.

Cikgu : Kamera cikgu rosak, tak dapat ambil gambar, skrin hitam jadi.

( Eddy menerangkan dekat aku pasal cabel2 yang bertindih. Skrin hitam berlaku pasal ada dua cabel yang bertindih, siap tunjuk dengan aksi jari lagi. Tapi aku bodoh sikit bab2 repair ni, terus terang kata, aku memang tak faham apa yang dia kata).

Dengan umurnya Eddy sudah pandai bab2 pasal engineering ni, belajar sendiri. Hebatkan? Aku harap dia dpat melanjutkan bidang engineering nanti. Dengan waktu terhad untuk belajar, bekerja lagi. Dia mendapat anugerah kepintaran semulajadi pada pandangan aku.

kalau aku ada duit nanti. Insyaallah aku mahu support dia study.

Bersyukurlah anda kerana mendapat peluang belajar dan tidak perlu bekerja. kita kekedang lupa nikmat ni.

P/s -dibelakang adalah gambar ibu eddy. Banyak lagi kisah yang eddy ceritakan tapi tak perlu la aku cerita. Khuatir membuka aib pula nanti. Aku sangat kagum dengan dia. Kalau ada pelajar kaya, menaiki Merc, Tusyen siang malam, Lemak2 di bdan- kalau dia berjaya, aku juga bangga tapi aku lebih bangga kalau pelajar miskin, bekerja siang malam, merekah rekah tangan angkat bata, tapi still blh berjaya. Aku akan sangat bangga itu.

28 comments:

  1. terharu aku baca. kdg2 bila cerita mcm ni keluar kt tv dlm drama2 ke ape kan, aku boleh nanges oh. tsk ;'(
    yela aku pun bukannya orang senang. beza aku dengan eddy, mungkin kerana aku tak perlu kerja masa bersekolah dulu.

    ReplyDelete
  2. peh ko ni. mmg tragis betul.

    ReplyDelete
  3. oh princess azi. Kalau tgok lam tv,drama dah nanges. ni kan pula citer benar. Sedih tengok dia. sayu je. aku tak brani nak tanya pasal ayah dia. takut hati ini makin sebak. skrang ni kita dah patut bersyukr, ada internet, desktp, laptop, hf berkamera,kamera lagi, moto kereta. Tapi diorang. Suh bukak komp pun tak tahu nak tekan apa, astro pun tengok kat kedai je.

    ReplyDelete
  4. si lampu neon -> aku mmg gini neon. penuh tragis. hu3. Benda2 ginila wat kita humble sebenarnya.
    tengah2 komen ko, ak g check telur masak separuh aku. dah jadi full rebus dah. mmg fool la aku. lupa nak tutup gas

    ReplyDelete
  5. bimbing betul2. anak Melayu.

    ReplyDelete
  6. steady lah dia.
    apa kata mcm ni, kau pegi cdgkan kat dia apply scholarship nnt.
    diorang kdg kdg tak tau kat mana nak apply.
    kau tlg lah dia.

    ReplyDelete
  7. reverie -> ye ye. Betul2. Insyaallah akan cuba sedaya upaya.

    Penulis.sahaja -> nice mcm ak la. tengok cikgu la camne kan.

    oh,Sara -> tu la Sara, aku harap sangat sempat bantu dia. Aku dah bgtau dah bro aku sorang tu pasal budak ni. Nak mintak tlg dia serap kat University. Insyaallah.

    ReplyDelete
  8. hoho. mule2 nak bace half aje. tp,now dah abiskan sebab nak tahu kisah eddy. sian die. Tuhan takdirkan jalan hidup dia macam tu. InsyaAllah, ada rezeki dia nnti..dapat ubah life fmly die...uhuk3

    ReplyDelete
  9. Sedihnya...
    Ujian itu datang dalam pelbagai bentuk..
    Harap Eddy tabah...
    Semoga kesusahan yang dia hadapi ni jadi pemangkin utk dia berusaha lebih keras utk berjaya...
    Bila dia dah besar nnt, bleh tggugg parents dia plak...yg sure2 dh byk bekorban utk dia..
    Semoga Allah permudahkan segala urusan dia...
    Ameen....

    p/s : Anonymous....semua niat murni awk tue...Semoga Allah murahkan rezeki and awk dpt tunaikan.. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  10. DudE

    akU RASe kaGUM dgAN BdaK Tu

    seTERuk-terUK aku

    dE lg Yg lAGI suSAh drPD aKU

    aKU hrAP dY KUat dan TEruskAN SEMangaT dY

    KLau boLEy

    aK NAK jUMpe dY

    Nak BGthU

    Aku BNgA Dgan Dy

    dan AKU hrAP DY tak akaN puTus aSa

    seBAb duGAan memANG DiBERIKan

    unTUK kiTA

    DAn kitA BOleh haDApi sebeNArnyA

    saLAm

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum..

    orang yang susah ni mesti mempunyai cita2 yang tinggi kan.

    sedihnya,
    ;((

    ReplyDelete
  12. tkasih kerana menceritakan kisah ini...kena selalu pantau si eddy tu...jadikan dia adik angkat lu ke..:)

    ReplyDelete
  13. selusur -> insyaallah selusur. aku pun doakan dia kuatkan semangat. Nanti aku bagitahu dia "kawan2 cikgu bangga dengan kamu, kamu jangan hampakan cikgu " aku akan bgtau dia.

    Qyla -> wasalam qyla, Insyaallah. Berkat doa mak ayah dia. Anak2 insyaallah jadi tabah, kuat, disenangkan perkara oleh Allah.

    Benludin -> Sama2. Baek. Nanti aku akan selalu pantau dia. Insyaallah. Ingat nak mengenali keluarga dia dengan lebih rapat. Tq.

    Liyannuar -> Nanti aku akan sampaikan kat dia. Bloggers kagum dengan Eddy, tak blh hampakan harapan semua. Aku akan pesan kat dia nanti.

    ReplyDelete
  14. begitulah lumrah alam..
    hidup ibarat roda, kadang kala kita di atas kadang akal kita di bawah...
    pabila kita di atas jangan memandang terlalu tinggi pada apa yang ada di bawah kita begitu juga sebaliknya...
    sentiasalah zuhud terhadap apa adanya...
    segala-galanya milik Allah..
    jika Dia menginginkan sesuatu pasti berlaku dalam sekelip mata sahaja..

    renung-renungkan..
    dan selamat beramal...

    ReplyDelete
  15. aku terharu.
    tak le terangkan perasaan sendiri.
    doakan eddy berjaya..

    ReplyDelete
  16. muslimah sejati -> terima kasih untuk itu. aku akan ambil tu sbgai nasihat utk diri aku sendiri. Insyaallah amin.

    Luna -> insyaallah Luna. aku pun sama macam koa. tak dapat terangkan perasaan sendiri

    ReplyDelete
  17. saya harap dia dpat melanjutkan bidang engineering jugak sebab dia belajar sendiri tu. gila best. dan cerita eddy ni membuatkan i bersyukur.

    ReplyDelete
  18. sedusa joe -> ye la sedusa. sy pun rasa gitu jugak.

    ReplyDelete
  19. x sedey pon baca...kagum adalah!

    ReplyDelete
  20. hidemichi -> heh. depends kat orang la. cam aku campur baur. sedh pasal dia kne kerja smua. kagum pun ada. pasal dia berjaya

    ReplyDelete
  21. t pape klo d pasl eddy agy,update ekk.
    berminat agy nak tao.
    hope die dpt capai cita2 die tu.
    amin :D

    ReplyDelete
  22. satu kisah yang menarik..terima kasih sudi berkongsi. Kisah-kisah begini dapat dijadikan satu motivasi kepada pelajar2 lain diluar sana yang senasib dengan eddy utk terus berusaha tanpa berputus asa walau serba kekurangan..
    ~hidup aku juga seperti eddy~

    ReplyDelete
  23. salam...any news about eddy? ke mana haka tuju dia skrg?

    ReplyDelete
  24. http://detik206.blogspot.com/2017/05/tubuh-wanita-ini-dijadikan-piring-sushi.html

    http://marimenujudomino206.blogspot.com/2017/05/gadis-belia-keturunan-indonesia-jerman.html

    http://beritadomino2o6.blogspot.com/2017/05/susi-kalau-sahur-dan-buka-puasa-tidak.html

    http://jutawandomino206.blogspot.com/2017/05/mengapa-harus-1-juni-jadi-hari-lahir.html


    HALLO TEMAN-TEMAN DAFTARKAN SEGERA DIDOMINO206.COM JUDI ONLINE TEPERCAYA & AMAN 100% !

    SANGAT MUDAH MERAIH KEMENANGAN TUNGGU APALAGI AYO BURUAN DAFTARKAN:)

    UNTUK PIN BBM KAMI : 2BE3D683

    ReplyDelete
  25. http://beritaterkini7889.blogspot.com/2017/11/bangsat-ayah-perkosa-putri-kandung.html

    - Inilah Saatnya Menang Bersama POKERNUSA.COM
    Situs Impian Para pecinta dan peminat Taruhan Online !!!
    Hanya Dengan 1 id bisa main 7 games boss!!!
    CAPSA SUSUN | PLAY POKER | BANDAR POKER | BandarQ | Domino99 | AduQ | SAKONG Terbaik


    Keunggulan POKERNUSA.COM
    - MINIMAL DEPO & WD 15.000
    - PROSES DEPO & WD TERCEPAT
    - KARTU-KARTU BERKUALITAS DISAJIKAN
    - CS RAMAH & INSPIRATIF SIAP MEMBANTU 24JAM
    - TIPS & TRIK MENJADI KEUNGGULAN SITUS INI
    - KAMI MEMILIKI BONUS NEW MEMBER 100% BOSKU
    - DAN KAMI MEMILIKI BONUS DEPOSIT 10% SETIAP HARINYA

    Tunggu apalagi Boss !!! langsung daftarkan diri anda di POKERNUSA.COM
    Bagaimana cara mendaftar? SIMPEL boss!!!
    cukup kunjungi kami http://www.pokernusa.net/ref.php?ref=ANISER123
    klik daftar dan daftarkan diri anda
    atau bisa juga melalui live chat dan dan cs kami akan membantu anda 24jam bos!!
    Ubah mimpi anda menjadi kenyataan bersama kami!!!
    Dengan Minimal Deposit dan Raih WD sebesar" nya!!!

    Kami tunggu kehadiran bosku yah^^

    ReplyDelete