Saturday

PERLU MARAH

Assalamualaikum semua rakyat Malaysia.

Hari ini aku marah pelajar aku. tak tengking cuma bersuara keras sikit.

Aku masuk kelas bawa markah exam maths hari ini. Semua fail maths form 4. Tapi bukan kerana itu aku marah. Aku marah sebab 8 orang tak hadir exam maths termasuk seorang budak yang aku ambil berat, Azrol namanya, aku ajar dia type menggunakan komputer sebab dia tak pernah pegang komp.

Aku marah sebab hampir 10 orang tak hadir kelas hari ini. Mereka bukannya kelas paling hujung pun tapi tahap kesedaran sangat2 rendah. Kenapa? dulu pun aku bersekolah juga, berkawan dengan budak kelas belakang juga. Tapi tak seteruk mereka.

Masuk kelas aku identify budak2 yang tak hadir exam itu. aku post-mortem diorang one by one walaupun kebanyakkannya tidak hadir kelas.

kes 1 - Pelajar favourite aku, Azroy, tidak hadir exam kerana 5 hari sakit kepala, darah tinggi. 4 hari exam berturut2 tidak hadir kelas.

Yang lain tidak datang sebab MALAS! satu jawapan tidak layak aku terima utk tidak hadir exam.

aku tanya seorang anak yatim itu. Mak ayah kerja apa.

"ayah dah meninggal, mak kerja kebun sekolah"

Ku tanya dia, "Datang sekolah naik apa"

"motor"

"Sape beli"

"mak beli"

"Kenapa mak beli motor"

"utk pergi ke sekolah"

"kenapa mak suruh pergi sekolah"

" suruh belajar"

aku senyap seketika. Aku tenung wajahnya dengan tajam. Mata aku tidak berganjak dari lihat mata dia. Dia cuba mengelakkan diri. Aku sambung lagi.

"Awak tak kesian kat ayah awak, Dia tengok awak dari jauh dengan harapan awak tolong mak awak, dia suruh awak belajar" aku cakap dengan nada agak tegas.

Dia diam seketika. Dari raut wajahnya. Ak nampak kesedihan dan keinginan itu. Mungkin Taufiq belum sampai lagi. Aku tak mahu menambahkan bebanan pada jiwa muda itu. Aku berganjak. Biarkan dia berfikir seketika. Tiada niat dalam hati aku utk menyeksa jiwa itu. Cukuplah ak manjai mereka. Sudah tiba ak menjadi garang sedikit.

jauh dlm sudut hati. aku harap dia sedar.

6 comments:

  1. pelita hidup orang lain perlu kuat nak bakar diri sendiri.

    *jage diri cikgu!

    ReplyDelete
  2. cabaran na didik anak bangsa..

    ReplyDelete
  3. didi -> tq didi

    shasha -> cabaran yang sangat mencabar.

    ReplyDelete
  4. ayok taktau..cikgu da marah..

    hurm..takpe biar tegas. bia die sedar silap die.

    ReplyDelete
  5. si lampu neon -> ahaks.. tu la cikgu da start marah.. hu3.. marah kejap jer..

    ReplyDelete
  6. tu la mslh pelajar zmn skrg...
    tahap motivasi diorang mmg sgt2 rndh...
    so sbg ckgu kite kene pandai tackle golongan pelajar cmni..
    klu berjaye timbulkn kesedaran kt mereka mmg amat2 la bagosnye...
    gudluck ckgu!

    ReplyDelete