Ramai antara kita termasuk diri saya sendiri, solat ketika iklan. Pabila mana kita menonton cerita kegemaran di waktu maghrib contohnya, The Biggest Loser. Ada yang memilih untuk solat apabila selesai rancangan atau ada juga semasa iklan.
kenapa tidaknya solat di waktu rancangan telah tersiar? mungkin kerana yang pertama, takut kekhusyukkan di waktu solat hilang, mungkin juga kerana takut terlepas rancangan kegemaran. Mana mana satu pun, ianya sedikit sebanyak menguji iman kita.
Mungkin ramai antara kita sedar atau tidak sedar, pengorbanan di satu nikmat di dunia, akan ditambahkan bernikmat nikmat diakhirat. Justeru, marilah kita cuba mengorbankan rancangan2x kegemaran demi mencari redha iLLahi, merujuk lebih kepada diri ana sendiri.
suka ana mengaitkan kekhusyukan solat dengan satu ayat quran yg sangat rapat, sering didengari dalam amalan seharian kita, iaitu
"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya"[Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].
Dan Allah telah berfirman bahawa kita adalah mukmin yang berjaya jika kita dapat khusyuk dalam solat.
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu‘ dalam sembahyangnya.” (Surah al-Mukminun, ayat 1-2)''
Moga2x didalam melangkah arus usia yg semakin singkat, yang kita sendiri tidak tahu bila ajal bakal menjemput. InsyaAllah kita sama sama berubah kerarah kekhusyukan solat yang lebih.
Suka ana berkongsi beberapa tips untuk menambahkan kekhusyukan solat iaitu, dipetik dari (http://psipum.org/tips-tips-khusyu-dalam-solat/)
KETIKA MENUNAIKAN SEMBAHYANG
i. Meneliti bacaan-bacaan dalam sembahyang, sama ada bacaan itu terdiri dari ayat-ayat al-Qur’an atau selain daripada ayat-ayat al-Qur’an (tasbih, takbir dan doa).
Jika boleh, fahami makna bacaan-bacaan tersebut. Perkara ini amat penting untuk menghadirkan hati dalam sembahyang. Hati mestilah ikut mengetahui segala apa yang kita baca.
ii. Merasa rendah hati dan rendah diri ketika dalam ruku‘ dan sujud.
Tempoh masa rukuk dan sujud pula elok dipanjangkan. Rasulullah SAW bersabda:
iii. Meliputkan hati dengan kebesaran Allah dan kesucianNya ketika bertakbir dan ketika bertasbih pada seluruh gerak-geri dalam sembahyang.
iv. Meninggalkan segala fikiran dan lintasan hati yang berkaitan dengan urusan dunia.
v. Segala perhatian dalam sembahyang itu hendaklah tertumpu hanya kepada mendirikan dan menunaikannya dengan yang terbaik sekali.
vi. Sembahyang dilakukan dalam keadaan thuma’ninah.
Thuma’nînah dalam ruku‘, sujud dan lain-lain rukun fi‘li (perbuatan). Thuma’ninah ertinya anggota seseorang itu tetap diam seketika ketika melakukan suatu rukun fi‘li di dalam sembahyang seperti ruku‘, sujud dan sebagainya, sebelum beralih ke rukun fi‘li seterusnya. Sekurang-kurangnya tetap diam seketika dalam tempoh pada kadar bacaan zikir: “SubhanAllah”. Maknanya, gerakan di dalam sembahyang itu tidak dilakukan dengan tergopoh-gapah, tidak dilakukan dengan bercepat-cepat tetapi dilakukan dengan tenang dan relaks. Rasulullah SAW bersabda:
vii. Sentiasa melihat tempat sujud sekalipun orang itu buta.
Sekalipun sembahyang di dalam gelap kecuali ketika membaca perkataan إلاّ الله dalam tahiyyat. Pada ketika itu pandangan orang yang sembahyang itu dialihkan ke jari telunjuknya.
Jika memejamkan mata boleh mendatangkan khusyu‘ dalam sembahyang seseorang itu, maka bolehlah dia berbuat begitu dan hukumnya tidak makruh sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi.
sekian, wassalam
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:
ReplyDelete