Wednesday

Hafiz mengangguk, airmatanya bergenang..

pernah dulu aku tulis pasal seorang budak nama Hafiz, geng gagak hitam kelantan konon kononnya. (http://aku-anonymous.blogspot.com/2009/12/ini-rupa-kelantan-sebenar-jgn-terasa.html)

walaupun selepas 2 tahun, aku masih berhubung rapat dengan dia. Kali ini, perjumpaan kami membawa kejutan lebih besar. Hafiz masih kekal dengan sikap menghormati orng yng lebih tua, masih kekal dengan sikap merendah diri, masih kekal dengan sifat lemah lembut tutur bicara. Tapi masih kekal juga dengan budaya2x gengster. MashaAllah, sedih terkilan apabila Hafiz menunjukkan IC P*k*D* barunya. IC normalnya sudah tiada, katanya dipegang oleh Ab*ng L*ng. Aku termengung, termangu sekejap.

Leteran demi leteran aku keluarkan, aku semburkan perkataan 'bodoh' padanya. Apa nak jadi pada Hafiz kata aku. Dia masih tergelak, sambil menghembuskan asap rokok. Mengucap pjg aku melihat perubahan dia. Aku perjelaskan lagi padanya, kumpulan2x macam ini bagus kalau kita sudah ada pekerjaan tetap tapi kalau tak ada, fungsinya tak lebih dari sekadar orang suruhan. Advantage mungkin lebih sikit dari segi makan free apabila berkenduri, apabila berlaku pergaduhan dan etc2x. tapi tambah aku lagi, itu hanyalah sementara (short-term) sahaja. Panjang juga aku berbual.

Hafiz, yang dulunya, aku lah yang membawa dia ke klinik, aku lah yang membayar yuran spm nya dahulu. Sekarang Hafiz juga yang membuat aku sedikit terkilan. Bergaduh dan kurang ajar dengan ibu-nya sendiri. tadi malam, aku nasihat hafiz, ibulah yang mengandungkan kita 9 bulan 10 hari, ibulah yang menjaga kita dari kecil smpai besar, tidak apa kalau ibu buat kita kecil hati, tapi kita tak blh sekali kali membuat ibu kecil hati. Hilang berkatnya seumur hidup.

Hafiz mengangguk, airmatanya bergenang, makanan yang dikunyah terhenti seketika. Itu wajah Hafiz yang aku kenal dahulu, 2 tahun lepas, sewaktu awal pertemuan. Aku doakan Hafiz berubah, dan masih aku tiada putus asa dengan Hafiz. Pasti ada hikmahnya Allah pertemukan aku dengan Hafiz.

3 comments:

  1. banyak lagi kejadian2x tapi perlu diprivatekan atas2x sebab2x mahu menjaga sensitiviti.

    ReplyDelete
  2. oh, inlah dia hafiz yg kau ceritakan tu. Sangat menyayat hati. Semoga Allah buka jalan seluas-luasnya untuk berubah.

    Kaulah role modelnya. ;DD

    ReplyDelete