Tuesday

AKU YANG SELALU MENGELUH...

Kadang kadang manusia selalu mengeluh tentang kehidupan yang dilalui. Ada kalanya kehidupannya senang, ada kalanya sukar, ada hari begitu susah untuk dilalui, ada masa rintangan datang tak berhenti henti. Manusia mengeluh mengeluh mengeluh. Allah hai kata mereka.. Seolah olah menanyakan pada Tuhan mereka kenapa mereka diuji sebegini rupa.

Apabila mereka diuji sebegini rupa, ada antara mereka yang mencari cari redha Illahi, ada juga segelintir antara kita mula berputus asa. Ada juga yang sering bertanya Tanya, dimana rahmat Illahi? Di mana janji sang pencipta? Dimana adilnya Allah. MashaAllah, merujuk kepada diri ana sendiri, ujian mendatang bertubi tubi, kadang kadang menbuat ana sering tertanya Tanya, di mana keadilan ya Allah. Mungkin ujian yang Allah beri itu tidak berat dimata manusia lain namun begitu, bersesuaian dengan firman Allah s.w.t dalam surah {Al-Baqarah; 286}

‘’Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya ...} ‘’

Apa yang diri ana yang jahil ini dapat tafsirkan, walaupun di mata orang lain,ujian itu tidak seberat mana, tapi kepada si yang terkena, ujian itu mungkin sangat berat sudah baginya. Ana kadang kadang cemburu hati, Di waktu sahabat sahabat lain yang seumur dengan ana sedang bergembira, sibuk melayan perasaan masing masing, bertindak sesuka hati. Ana di sini, sering memikirkan nasib diri, tanggungjawab yang ana pikul, apa solution2x untuk masalah ana sampai seringkali ana terasa buntu, seolah2x semua jalan mati. Tetapi kita sebagai manusia hamba Allah, kita seharusnya sentiasa redha dengan ujian Illahi, ana sendiri, selalu cuba sedaya upaya untuk meletakkan masalah diri ditepi dan senantiasa mengukir senyuman untuk para sahabat. Kerana senyum itu bukan sahaja pengubat diri untuk ana, tetapi juga pengubat untuk rakan rakan juga. Tetapi kekadang, di dalam melintasi halangan halangan, kita tidak lari dari terjatuh dalam hasutan hasutan syaitan, yang memberatkan lagi ujian Allah, yang menjauhkan kita dari mencari keredhaan illahi. Nauzubillah. Selalu jika ana perasan, atau ana perasan sahabat sahabat yang kelihatan murung, kita yang seharusnya menjadi agen menceriakan kawan dan doa yang berterusan adalah yang terbaik. Biarlah dirasakan masalah itu ringan dan indah kerana, ujian2x itu adalah juga selari dengan janji janji Allah iaitu syurga bagi orang yang bertaqwa, sabar dan redha. Firman allah swt dalam surah Al-Baqarah dan At- Taubah,

‘’ Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya. {Al-Baqarah : 207}’’


‘’Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar. (At-Taubah -72).’’


Tapi, ana lupa, ana sering lupa kepada janji Allah. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ankabut dan Al-Baqarah

‘’Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian yang demikian, nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut :2-3)

{Al-Baqarah; 214}Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? .... Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

Erti kata lain, janganlah kamu mengaku kamu beriman sehingga kamu benar benar diuji. Dan seringkali sahabat, kita lupa bahawa walaupun sekecil kecil zarah masalah yang dihadapi, ia tetap ujian dari Allah, walaupun ujian itu hanya melibatkan perasaan spt berkecil hati, marah, sakit hati, dendam, hasad, ia tetap sahaja ujian bagi kita. Dan ingatlah firman Allah s.w.t bahawa Allah hanya akan menguji manusia dengan cabaran dan ujian sesuai dengan kemampuannya. MashaAllah sahabat, ayat al-Quran ini, benar2x menepis segala prasangka buruk kita terhadap Allah. Dan ujian ujian ini melatih diri kita untuk bersabar dan yakin bahawa setiap ujian adalah satu rahmat dan tanda sayang Allah terhadap kita. (Senyumlah jika anda di uji, kerana ujian itu tandanya Allah dekat dengan hambaNya, dan hadapilah ujian dengan hati yang penuh terbuka, InsyaAllah, moga moga kita sama sama cemerlang dalam ujianNya)

2 comments:

  1. Ana akhiri post kali ini dengan satu petikan dari Al-Anbiya;35

    {Al-Anbiya;35} Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada kami}

    Kebaikan juga adalah satu ujian. :)

    ReplyDelete
  2. hidup ini medan pilihan,,,memilih antara yang haq n yang batil..memilih dunia atau akhirat..memilih syurga atau neraka.,memilih krn Allah itu yg hakiki
    teruskan mengukir tinta ya akh moga menjdi saham di sana nt.

    ReplyDelete