Monday

sekeping kata hati untuk kawan yg aku tak benci

Salam,

Kawan, maafkan aku kerana menjauhkan diri . Bukan aku tak mahu, bukan pula aku tak sudi, jauh sekali aku keji, tidak pula aku mencaci malahan hati ini masih ada rasa sayang dan rasa simpati. Sumpah aku tak tipu sahabat. Demi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang melahirkan rasa sayang dan benci, tidak aku pernah lupa kepada engkau, sahabat. Kau lagi mengerti aku dari aku mengerti diri sendiri. Sahabat, walaupun aku tahu kau sudah lupa suatu ketika dulu, aku lah yang selalu berada teguh di belakang engkau, menyokong setiap kata2 kau, memberi nasihat seikhlas jiwa kpda engkau, mempertahankan engkau di kala kawan2 lain mengeji , menasihati dikala kawan2 lain tidak ambil peduli. aku masih memberi dikala orang lain sudah muak memberi. Sudah kah kau lupa sahabat? aku masih belum lupa. Aku ajak kau datang bersolat, aku ajak kau melawat rumah Allah, aku suruh kau mengazankan waktu solat, aku memaksa kau menjadi iman. Tidak lain dan tidak bukan, bukan kerana diri aku mahu memaksa, tidak pula kerana aku suka, tetapi kerana agama dan rasa syang kepada sahabat. Mengertikah engkau sahabat?

Sahabat, mungkin di kala ini kau rasa benci. mungkin di kala ini kau rasa sumpah aku tak bererti. Tetapi ketahuilah sahabat, sehingga masih ada nyawa dan agama dalam diri ini, aku masih berdoa utkmu sahabat, andaikata itu sahaja aku mampu lakukan. Aku rela tanpa rasa jemu. Kau lemparkan kata2 'sampah' utk aku, kau samakan aku dengan 'syaitan', kau berprasangka buruk terhadap aku dikala aku mahu membantu, aku tak kisah, tidak pula aku simpan dalam hati, tetapi aku masih ingat. Bukan kerana rasa dendam kesumat, tidak pula kerana rasa marah dan keji, tetapi kerana hati manusia ini rapuh, sakit, menangis terhadap kata2 sahabat. Mungkin kau sudah lupakan segala apa usaha aku untuk engkau. Tidak aku mahu bangkitkan, tidak pula aku mahukan balasan. Cuma yang aku pinta. Sedarlah sahabat, kembalilah, bukan pada ku, tapi padaNya. Ukhuwah Fillah Abadan Abada. (persahabatan kerana Allah untuk selama lamanya)

katakanlah Muhammad, "wahai manusia! Telah datang kepadamu kebenaran Al-Quran kepadamu, barang siapa diantara kamu mendapat petunjuk, dan sebenarnya petunjuk itu untuk kebaikan dirinya sendiri, Dan barang siapa sesat, maka kesesatan itu mencelakakan dirinya sendiri. Dan aku bukan lah pemelihara dirimu"
(11 ; 108 )


8 comments:

  1. Maka ketika mereka melupakan peringatan yang diberikan kepada mereka.Kami pun membuka semua pintu kesenangan untuk mereka. Sehingga mereka gembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka.Kami siksa mereka secara tiba tiba, maka ketika itu mereka terdiam putus asa.

    (Al-An'am ; 44)

    ReplyDelete
  2. saba saba, mtk doa spy dikuatkan zahir dan batin. selama mana kita ada hayat,insyaallah, berdakwah la.

    ReplyDelete
  3. smOga berjaYA DaLam perjuANGaN KAMoO

    ReplyDelete
  4. harap-harap apa yang kamu katakan ini benar.
    Kawan kamu itu juga tidak pernah membenci kamu. :)

    ReplyDelete