8 hari lagi birthday Abah.

7 hari lagi birthday Aku.
Abah dah 54.
Aku dah 20.
Dulu aku anak manja Abah.
Ramai-ramai Abah paling sayang aku.
Ramai-ramai Abah paling jaga aku.
Dari kecil Abah dukung aku seorang saje.
Sampai aku besar,
Abah masih suruh aku cium pipi dia.
Aku tak suka, pipi abah rasa tajam.
Ada bekasan cukur kat pipinya.
Aku masih ingat itu.
Aku balik sekolah,
Abah yang ambil aku.
Dia sayang aku.
Dia tak kasi aku naik basikal atau bas.
Aku masih ingat itu.
Darjah 5, abah belikan aku hadiah.
Aku dapat basikal.
Kerana langkau kelas dan dapat no 1 dalam kelas.
Abah bawa aku ke kedai,
"pilihla yang mana adek nak".
Aku pilih yang paling mahal,
Rm900 harganya.
Aku bawa basikal ke sekolah darjah 6,
juga utk pergi ke tusyen sekolah,
Kawan2 puji basikal aku,
Aku rasa bangga dan gembira.
Naik sekolah menengah,
abah masih sayang aku,
aku juga sayang abah,
Tiap2 kali kena marah dengan mama,
Aku lari belakang abah.
Aku hero dalam rumah,
aku tak takut,
Sebab ada abah,
tiap kali aku kena marah dan buat salah,
Aku lari belakang abah lagi.
Abah tak pernah tolak aku,
Abah tak pernah tengking aku,
Abah tak pernah kata 'tak' untuk benda yang aku nak.
Tapi aku, bila aku besar,
Aku pernah tengking abah,
Aku jerit dekat abah,
Kata aku " Ini salah abah, semuanya salah abah".
Aku bawa kereta laju2, abah hantar mesej,
Kata abah, "dari kecil abah manjakan fiq, dah besar fiq buat macam ni, abah sedih".
Aku tak peduli. Aku tak rasa apa2. Aku lupa jasa abah.
Abah pernah sakit satu hari,
Dia suruh aku ambilkan dia ubat,
Aku tak jumpa ubat abah,
kata aku kepada abah dengan nada keras,
"ABah letak ubat merata2, macam mana nak jumpa"
Abah terdiam dan sayu. Aku lupa abah sudah tua.
Kata aku kepada abah,
"duduk, fiq nak bagi ubat"
Abah terduduk, aku tengking abah smpai dia terduduk,
Sampai hari ni aku menyesal.
Masa aku kecil, abah selalu cium aku,
Masa aku besar, aku tak pernah cium abah.
Hari ni aku berada jauh dengan abah.
Aku rindu abah.
Mahu peluk abah.
Mahu kata dekat abah, "Fiq sayang abah, Fiq anak abah"
Aku tak tahu abah hidup sampai bila,
abah selalu sakit2, tapi aku doakan abah umur panjang,
Abah selalu nampak aku sebagai anak dia yang masih kecil,
Dia suka aku bermanja dengan dia.
Abah, fiq rindu abah.
Maafkan fiq kalau ada buat salah dekat abah.
Sayang abah. Mahu jadi anak kecil abah lagi.
Fiq sayang abah sangat2.
ReplyDeleteDari kecil abah jaga fiq elok2 dan manjakan fiq.
Bila2 besar fiq garang2 dengan abah. Maafkan fiq abah. Fiq sayang abah. Mahu jadi anak kecil abah lagi.
balik nanti peluk cium pipi kiri kanan.
ReplyDeletefara pon sayang ayah fara jugak!!
ReplyDeletesedey...sgt sedey.....=(
kirimkan salam pada ayah kamu ya.
ReplyDeletereverie -> baikla reverie.. itu yang akan dibuat..
ReplyDeletefara -> semua orang syg ayah kan farah!
dodu -> baik dodu! Insyaallah
da lamA X SNGaH KAt blOg kamOo
ReplyDeletedOakAn kesihaTAN ayaH KAMoO
SMOga dlaM KEADaAN BAik..insyaAllah
at LEaSt
kAMoO SDAr kesilaPAn kamOo
ak x pastI laGi bilA..
tiaP KALi akU CUba nak BERBAiK
ADe je halAngaN..
papE PuN
hepI becOming BTHDAy
rsaU TERlupa Nk wisH
*jUZ nak CDGkaN Je
adA DgR Edcoustic-Muhasabah Cinta?
menyenTUh hatI
kamOo...tC
BLAh dLu
salAM
tqa -> tu la.. aku pun sibuk smacam je skunk.
ReplyDeletetq. Insyaallah. Kau pun sama jaga diri n hepi birthday.
tq tau.
Aku ada dengar skali dua.
nanti aku dengar lagi.
Salam. take care
aK RASe lagu TU beZ
ReplyDeleteKo DGr ea NANTi
aK adE DGr gaK
ZIKIr MUNAJAt ustaZ asRi IBRAhiM
Yg ADe kaT ASTRo OASIs
X SLAp akU R..
jago dio smentara ado lg nie,,
ReplyDeleteshahdu..............
ReplyDeletewoi sedihnya!
ReplyDeleteso sweetttttttttttt
ReplyDeleteaku rasa sebak gile neh..
mungkin 2 tahun x jmpe abah...
rindu abah aku dah ni.nak balik.=(
salam...moga Allah redha Ayah anda,,moga Allah redha anda...Rabbunaama'akuma..
ReplyDeletekadangkala, bila sesuatu yg berharga itu tidak lagi didepan mata, baru kita sedar nilainya yg sebenar. Alhamdulillah, syukur diberikan petunjuk dr Allah. Doa anak yg soleh, itu hadiah terbaik buat ibubapa yg terlalu byk jasa mereka. Moga diberikan petunjuk selamanya. Ameen
ReplyDeleterasa sedih la pulak baca ni. aduss..
ReplyDeleteoh man.
ReplyDeletetacing gua.
gua sayang ayah gua jugak.
isk isk