Saturday

Tugas guru semakin mencabar dari hari ke hari.

Aku cuba tulis seringkas blh entri kali ni.
Tak mahu panjang2.

Masih ingatkan pada Eddy pada entri yang lepas, pelajar miskin, kelas hujung tetapi B dlm mate dan sains, mahu jadi engineer, bekerja pada malam hari, sudah mempunyai bakat dlm repair handphone/camera pada usia muda.

Malangnya, sangat menyedihkan, pelajar itu sudah dibuang sekolah minggu lepas. Kerana menumbuk seorang guru. Berbadan kurus tetapi perkasa. Jangan main2.

Peluang dia untuk belajar di sekolah ini dah habis. Aku sedih utk dia. Apakah nasih masa depan dia? aku pun tak tahu.

Aku berkunjung ke rumah dia minggu lepas. Tapi Eddy tiada di rumah. Dan keadaan rumah dia. Maaf utk aku katakan. Sedikit teruk. Adik2 dan kakak2 pun agak tidak terurus. Begitu juga dengan rumah dia. Tak boleh salahkan eddy. Mungkin dia stress dengan keluarga.

Pelajar bernama Eddy yang bercakap dengan penuh sopan dan hormat dengan aku rupanya bukan calang2 pelajar. Pernah ditangkap kerana mencuri di kampung2, mengambil pil kuda, suka bergaduh dengan orang, pernah memukul seorang pakcik dengan tukul kerana berdendam dengan seorang yang "membuli" ayah dia. Kononnya la.

Tapi aku harap, semua yang dia buat tu bersebab, Aku masih tak berputus asa dan menaruh harapan pada pelajar bernama Eddy tu. Insyaallah. Kita sama2 doakan.




24 comments:

  1. astaghfirullah alazim.
    budak tu okay ke tak sbnrnya kat skolah?
    i mean, attitude?

    ReplyDelete
  2. ape yg aq prasan gambo same ngn yg bwah!hehe~

    ReplyDelete
  3. maw perhatian. psikologi.

    sometimes they yearn for love and attention that they are willing to do wrong things.

    ReplyDelete
  4. Owh.....~
    He need guidance..
    Kita sama2 doakan dia k...
    Semoga tak tersasar dari landasan...
    InsyaAllah...

    ReplyDelete
  5. carik org yg dier sayang..insyallah myb boleh mengubahnya...

    ReplyDelete
  6. eddy kena kawal perasaan marah sebab sikap panas baran dia membawa padah. chill chill sudah.

    ReplyDelete
  7. hurm, mampos gak kalau mak die surf blog ko ni. awww.

    doakan kecerahan masa depan die. moga jadi insan berguna utk masyarakat dan negara!!

    ReplyDelete
  8. Salam. Sedih bc citer Eddy ni. Takde ke sapa2 yg blh tlg Eddy ni? Dia msh blm terlewat utk diselamatkan. Klu anak org kaya yg buat hal, agak2 sekolah akan buang tak?

    ReplyDelete
  9. sara zaini -> aku pun tak tahula nak cakap macam mana, budak tu dengan aku serius okay. cakap baek. salam cium tangan smpai aku syg la dak ni. erm. tapi ngn dak2 lain dia suka cari gado ckit.

    Chentamaya -> pandai. mmg sama pun.

    luna -> maybe dia mahu perhatian. Tapi perhatian sapa. Salah aku jugak kot. tak buat check susulan dekat dia.

    adie -> mmg adie. agak mencabar la. Nak buat tak endah je boleh, tapi kesian jugak kan.

    pampered by words -> insyaallah. tu benda yang slalu sy lupa buat lepas smayang. doakan murid2. tpi lps ni insyaallah tak lupa lagi. tq pampered.

    fara@are-long -> taktau la camne ni k.long. Mungkin kot. tapi orang tersayang pun tak sempat bagi perhatian. sibuk.

    sedusa joe -> betul2. dia mmg panas baran. nak handle orang panas baran ni ada caranya.

    nabieyla yosof -> mmg tu je yang termampu buat masa sekarang. Ish2..

    si lampu neon -> ak rasa mak dia tahu serba serbi dah pasal anak dia. mustahil tak tahu. wallauhuallam la. mebi tak tahu jugak. ko cane neon? ada brita bawu pasal adam?

    Ms diamond -> salam. insyaallah aku akan cuba bantu. pernah pergi rumah dia skli tapi dia takde. Nak pergi pulak tapi tak sihat sikit. nantila. insyaallah. Kalau anak orang kaya. rasanya tak kena kot.pihak sekolah spatutnya selidik dia punya reputasi dlu. bukannya teruk sangat pun

    ReplyDelete
  10. die tertekan kot...sayang kene buang..nanti die melarat lgi...

    ReplyDelete
  11. aku sokong afiq kat atas ni.
    kalau dia kena buang, takut dia akan bertambah buruk.
    xde cara lain ke?

    ReplyDelete
  12. sama2 doakan utk die..

    ReplyDelete
  13. Dulu masa sekolah ada seorang budak pukul ketua pengawas. Tapi tak kena buang sekolah sebab dia nak SPM tahun tu.

    Kenapa Eddy tak diberi peluang?
    Tak ada sesiapa ke nak pujuk dia pergi mintak maaf kat cikgu yang di belasah tu?
    Budak macam ni kena ada dorongan kena ada orang bagi motivasi selalu supaya dia tak leka. Kalau tak sia-sia nanti. Cerdik tapi bermasalah.

    Lepas SPM, bukak bengkel motor haram. Lagi lah terjebak dengan rempit semua. -__-"

    ReplyDelete
  14. afiq -> betul. aku setuju. syg kne buang. sekolah spatutnya jadi institusi utk duk bdak2 camni. makin dilpas. makin bertambah sampah masyarakat.

    penulis.sahaja -> entahla. pihak sekolah kadang2 dia bias.

    att ashburn -> tq.

    benludin -> habaq baik. skrang bz memanjang. duk wat part time situ sini. heh. aku slalu jadi silent reader blog hang. tak comment je.

    airin auto -> hu2. terasa aku. aku ingat nak tolon dia jugak. tapi ak dah tak sekolh situ lagi. Aku dah pergi mlawat rumah dia. tapi dia takde. nak pergi usha utk kali kedua, takut aku plak orang kata2 lebih2. family dia cam tak endah kedatangan aku aritu.

    betul2. bdak2 mcm ni kne bagi motivasi. tapi syg bila jadi kes mcm ni. tengokla. aku pergi bantu dia. insyaallah.

    ReplyDelete
  15. tumpang lalu dan duk kejap yer :)
    tertarik dgn isu ini. inilah erti guru yg sebenarnya.moga dapat membantu pelajar ini menjadi seorang yg benar2 manusia.simpati juga dgn keadaannya.rasanya dia benar2 perlukan seseorang untuk membimbingnya.
    p.c.

    ReplyDelete
  16. ikrab family -> tq ikrab. rasanya kalau dia diberi peluang utk kenal dunia luar, ramai yg akan bantu dia. kalau dia tahu ramai yg nak bantu dia dlm dunia bloggers ni, rasanya ni dah cukup utk buat dia motivated. insyaallah.

    ReplyDelete
  17. Maka...patut ker kter semua berkumpul and p jumpa dia bagi motivation?!
    Hehehe...reaksi melampau Pampered... ;p
    Anonymous....lamanya berdiam diri... -_-

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. salam,,
    lamo dh xbaco blog mu,,pa kabar?
    hehe..

    breti ngaja dh ko?

    ReplyDelete
  20. Salam... BUang sekolah, antara pro dan kontra.. Satu segi, saya xsetuju bila pelajar bermasalah je, asek nak buang (memang la bagi amaran dulu).. Bukannya apa, apa agaknya perasaan pelajar tu bila kena buang sekolah. Apa perasaan mak ayah dia. Tambah macam kes Eddy ni,. Nampak kesungguhan dia. Walaupun penat keja sampai kol 3 pagi, pegi gak sekolah,.. N bila dia boleh hormatkan saudara, mungkin dia boleh hormatkan orang lain jika orang lain hormat dia.. Pe pun, moga Allah berikan yang terbaik buat Eddy...

    ReplyDelete
  21. sesame la kita doakan agar c eddy diberikan hidayah...dan berdoa supaya dia berubah kearah yg lebih baik..

    ReplyDelete