Sunday

Iklan dan solat. Mahu uji Iman anda

Iklan dan Solat.

Ramai antara kita termasuk diri saya sendiri, solat ketika iklan. Pabila mana kita menonton cerita kegemaran di waktu maghrib contohnya, The Biggest Loser. Ada yang memilih untuk solat apabila selesai rancangan atau ada juga semasa iklan.

kenapa tidaknya solat di waktu rancangan telah tersiar? mungkin kerana yang pertama, takut kekhusyukkan di waktu solat hilang, mungkin juga kerana takut terlepas rancangan kegemaran. Mana mana satu pun, ianya sedikit sebanyak menguji iman kita.

Mungkin ramai antara kita sedar atau tidak sedar, pengorbanan di satu nikmat di dunia, akan ditambahkan bernikmat nikmat diakhirat. Justeru, marilah kita cuba mengorbankan rancangan2x kegemaran demi mencari redha iLLahi, merujuk lebih kepada diri ana sendiri.

suka ana mengaitkan kekhusyukan solat dengan satu ayat quran yg sangat rapat, sering didengari dalam amalan seharian kita, iaitu

"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya"[Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Dan Allah telah berfirman bahawa kita adalah mukmin yang berjaya jika kita dapat khusyuk dalam solat.

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu‘ dalam sembahyangnya.” (Surah al-Mukminun, ayat 1-2)''

Moga2x didalam melangkah arus usia yg semakin singkat, yang kita sendiri tidak tahu bila ajal bakal menjemput. InsyaAllah kita sama sama berubah kerarah kekhusyukan solat yang lebih.

Suka ana berkongsi beberapa tips untuk menambahkan kekhusyukan solat iaitu, dipetik dari (http://psipum.org/tips-tips-khusyu-dalam-solat/)


KETIKA MENUNAIKAN SEMBAHYANG

i. Meneliti bacaan-bacaan dalam sembahyang, sama ada bacaan itu terdiri dari ayat-ayat al-Qur’an atau selain daripada ayat-ayat al-Qur’an (tasbih, takbir dan doa).

Jika boleh, fahami makna bacaan-bacaan tersebut. Perkara ini amat penting untuk menghadirkan hati dalam sembahyang. Hati mestilah ikut mengetahui segala apa yang kita baca.

ii. Merasa rendah hati dan rendah diri ketika dalam ruku‘ dan sujud.

Tempoh masa rukuk dan sujud pula elok dipanjangkan. Rasulullah SAW bersabda:

Seseorang hamba paling dekat dengan Tuhannya sewaktu ia bersujud….. (Hadis riwayat Muslim).

iii. Meliputkan hati dengan kebesaran Allah dan kesucianNya ketika bertakbir dan ketika bertasbih pada seluruh gerak-geri dalam sembahyang.

iv. Meninggalkan segala fikiran dan lintasan hati yang berkaitan dengan urusan dunia.

v. Segala perhatian dalam sembahyang itu hendaklah tertumpu hanya kepada mendirikan dan menunaikannya dengan yang terbaik sekali.

vi. Sembahyang dilakukan dalam keadaan thuma’ninah.

Thuma’nînah dalam ruku‘, sujud dan lain-lain rukun fi‘li (perbuatan). Thuma’ninah ertinya anggota seseorang itu tetap diam seketika ketika melakukan suatu rukun fi‘li di dalam sembahyang seperti ruku‘, sujud dan sebagainya, sebelum beralih ke rukun fi‘li seterusnya. Sekurang-kurangnya tetap diam seketika dalam tempoh pada kadar bacaan zikir: “SubhanAllah”. Maknanya, gerakan di dalam sembahyang itu tidak dilakukan dengan tergopoh-gapah, tidak dilakukan dengan bercepat-cepat tetapi dilakukan dengan tenang dan relaks. Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila kamu berdiri menunaikan sembahyang maka bertakbirlah. Kemudian bacalah ayat al-Qur’an yang mudah bagi kamu. Kemudian rukuklah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan rukuk. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berdiri betul. Kemudian sujudlah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan sujud. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan duduk. Kamu buatlah yang demikian itu dalam semua sembahyang kamu. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

vii. Sentiasa melihat tempat sujud sekalipun orang itu buta.

Sekalipun sembahyang di dalam gelap kecuali ketika membaca perkataan إلاّ الله dalam tahiyyat. Pada ketika itu pandangan orang yang sembahyang itu dialihkan ke jari telunjuknya.

Jika memejamkan mata boleh mendatangkan khusyu‘ dalam sembahyang seseorang itu, maka bolehlah dia berbuat begitu dan hukumnya tidak makruh sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi.

sekian, wassalam

Wednesday

Hafiz mengangguk, airmatanya bergenang..

pernah dulu aku tulis pasal seorang budak nama Hafiz, geng gagak hitam kelantan konon kononnya. (http://aku-anonymous.blogspot.com/2009/12/ini-rupa-kelantan-sebenar-jgn-terasa.html)

walaupun selepas 2 tahun, aku masih berhubung rapat dengan dia. Kali ini, perjumpaan kami membawa kejutan lebih besar. Hafiz masih kekal dengan sikap menghormati orng yng lebih tua, masih kekal dengan sikap merendah diri, masih kekal dengan sifat lemah lembut tutur bicara. Tapi masih kekal juga dengan budaya2x gengster. MashaAllah, sedih terkilan apabila Hafiz menunjukkan IC P*k*D* barunya. IC normalnya sudah tiada, katanya dipegang oleh Ab*ng L*ng. Aku termengung, termangu sekejap.

Leteran demi leteran aku keluarkan, aku semburkan perkataan 'bodoh' padanya. Apa nak jadi pada Hafiz kata aku. Dia masih tergelak, sambil menghembuskan asap rokok. Mengucap pjg aku melihat perubahan dia. Aku perjelaskan lagi padanya, kumpulan2x macam ini bagus kalau kita sudah ada pekerjaan tetap tapi kalau tak ada, fungsinya tak lebih dari sekadar orang suruhan. Advantage mungkin lebih sikit dari segi makan free apabila berkenduri, apabila berlaku pergaduhan dan etc2x. tapi tambah aku lagi, itu hanyalah sementara (short-term) sahaja. Panjang juga aku berbual.

Hafiz, yang dulunya, aku lah yang membawa dia ke klinik, aku lah yang membayar yuran spm nya dahulu. Sekarang Hafiz juga yang membuat aku sedikit terkilan. Bergaduh dan kurang ajar dengan ibu-nya sendiri. tadi malam, aku nasihat hafiz, ibulah yang mengandungkan kita 9 bulan 10 hari, ibulah yang menjaga kita dari kecil smpai besar, tidak apa kalau ibu buat kita kecil hati, tapi kita tak blh sekali kali membuat ibu kecil hati. Hilang berkatnya seumur hidup.

Hafiz mengangguk, airmatanya bergenang, makanan yang dikunyah terhenti seketika. Itu wajah Hafiz yang aku kenal dahulu, 2 tahun lepas, sewaktu awal pertemuan. Aku doakan Hafiz berubah, dan masih aku tiada putus asa dengan Hafiz. Pasti ada hikmahnya Allah pertemukan aku dengan Hafiz.

Tuesday

AKU YANG SELALU MENGELUH...

Kadang kadang manusia selalu mengeluh tentang kehidupan yang dilalui. Ada kalanya kehidupannya senang, ada kalanya sukar, ada hari begitu susah untuk dilalui, ada masa rintangan datang tak berhenti henti. Manusia mengeluh mengeluh mengeluh. Allah hai kata mereka.. Seolah olah menanyakan pada Tuhan mereka kenapa mereka diuji sebegini rupa.

Apabila mereka diuji sebegini rupa, ada antara mereka yang mencari cari redha Illahi, ada juga segelintir antara kita mula berputus asa. Ada juga yang sering bertanya Tanya, dimana rahmat Illahi? Di mana janji sang pencipta? Dimana adilnya Allah. MashaAllah, merujuk kepada diri ana sendiri, ujian mendatang bertubi tubi, kadang kadang menbuat ana sering tertanya Tanya, di mana keadilan ya Allah. Mungkin ujian yang Allah beri itu tidak berat dimata manusia lain namun begitu, bersesuaian dengan firman Allah s.w.t dalam surah {Al-Baqarah; 286}

‘’Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya ...} ‘’

Apa yang diri ana yang jahil ini dapat tafsirkan, walaupun di mata orang lain,ujian itu tidak seberat mana, tapi kepada si yang terkena, ujian itu mungkin sangat berat sudah baginya. Ana kadang kadang cemburu hati, Di waktu sahabat sahabat lain yang seumur dengan ana sedang bergembira, sibuk melayan perasaan masing masing, bertindak sesuka hati. Ana di sini, sering memikirkan nasib diri, tanggungjawab yang ana pikul, apa solution2x untuk masalah ana sampai seringkali ana terasa buntu, seolah2x semua jalan mati. Tetapi kita sebagai manusia hamba Allah, kita seharusnya sentiasa redha dengan ujian Illahi, ana sendiri, selalu cuba sedaya upaya untuk meletakkan masalah diri ditepi dan senantiasa mengukir senyuman untuk para sahabat. Kerana senyum itu bukan sahaja pengubat diri untuk ana, tetapi juga pengubat untuk rakan rakan juga. Tetapi kekadang, di dalam melintasi halangan halangan, kita tidak lari dari terjatuh dalam hasutan hasutan syaitan, yang memberatkan lagi ujian Allah, yang menjauhkan kita dari mencari keredhaan illahi. Nauzubillah. Selalu jika ana perasan, atau ana perasan sahabat sahabat yang kelihatan murung, kita yang seharusnya menjadi agen menceriakan kawan dan doa yang berterusan adalah yang terbaik. Biarlah dirasakan masalah itu ringan dan indah kerana, ujian2x itu adalah juga selari dengan janji janji Allah iaitu syurga bagi orang yang bertaqwa, sabar dan redha. Firman allah swt dalam surah Al-Baqarah dan At- Taubah,

‘’ Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya. {Al-Baqarah : 207}’’


‘’Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar. (At-Taubah -72).’’


Tapi, ana lupa, ana sering lupa kepada janji Allah. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ankabut dan Al-Baqarah

‘’Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian yang demikian, nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut :2-3)

{Al-Baqarah; 214}Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? .... Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

Erti kata lain, janganlah kamu mengaku kamu beriman sehingga kamu benar benar diuji. Dan seringkali sahabat, kita lupa bahawa walaupun sekecil kecil zarah masalah yang dihadapi, ia tetap ujian dari Allah, walaupun ujian itu hanya melibatkan perasaan spt berkecil hati, marah, sakit hati, dendam, hasad, ia tetap sahaja ujian bagi kita. Dan ingatlah firman Allah s.w.t bahawa Allah hanya akan menguji manusia dengan cabaran dan ujian sesuai dengan kemampuannya. MashaAllah sahabat, ayat al-Quran ini, benar2x menepis segala prasangka buruk kita terhadap Allah. Dan ujian ujian ini melatih diri kita untuk bersabar dan yakin bahawa setiap ujian adalah satu rahmat dan tanda sayang Allah terhadap kita. (Senyumlah jika anda di uji, kerana ujian itu tandanya Allah dekat dengan hambaNya, dan hadapilah ujian dengan hati yang penuh terbuka, InsyaAllah, moga moga kita sama sama cemerlang dalam ujianNya)

Pakcik! kami bukan pengganas, tapi kami..


Foto di Jabal Rahmah. Tempat Adam dan Hawa ditemukan kembali setelah berpisah. Dikatakan tempat ini terbaik untuk didoakan jodoh. Wallauhuallam~

Pakcik merenung jauh kami, dengan kerutan di dahi.
''Kuat juga anak anak muda mendaki bukit ''
Mungkin dia pelik melihat gelagat kami yang seakan akan bergembira mengambil gambar di tempat sejarah islam. Dengan halangan sinaran matahari, pakcik terus menyepetkan mata untuk melihat kami dengan jelas. Ditenungnya seakan akan berfikir, mahu mengatakan sesuatu, seolah olah dilihat dirinya dalam diri kami. Mungkin barangkali dihatinya berfikir,
'' Sewaktu aku muda muda, mana sempat aku menunaikan ibadat umrah, sibuk dengan tanggungjawab sebagai seorang anak dan seorang abang sulung dari 5 beradik, terpaksa bekerja keras dan menitiskan peluh seawal usia 12 tahun''
Dikerutnya lagi dahi, dan dialihkan badannya untuk melihat kami dengan jelas. Katanya '' Mungkin ini semangat orang orang muda, mendaki sepantas kuda berlari, walaupun penat, senyumnya tak pernah berhenti''
Melihat kami yang mengangkat tangan berdoa, pakcik ini kelihatan seakan akan yakin
'' Inilah pemuda pemuda pejuang islam, hati mereka yakin, hati mereka bersih, mereka tahu apa kejayaan yang mereka inginkan dan mereka tidak pula melebihkan dunia dan harta dari keredaan Allah''. InsyaAllah.

Thursday

Fiq sayang Abah sangat2.

8 hari lagi birthday Abah.
7 hari lagi birthday Aku.
Abah dah 54.
Aku dah 20.

Dulu aku anak manja Abah.
Ramai-ramai Abah paling sayang aku.
Ramai-ramai Abah paling jaga aku.
Dari kecil Abah dukung aku seorang saje.

Sampai aku besar,
Abah masih suruh aku cium pipi dia.
Aku tak suka, pipi abah rasa tajam.
Ada bekasan cukur kat pipinya.
Aku masih ingat itu.

Aku balik sekolah,
Abah yang ambil aku.
Dia sayang aku.
Dia tak kasi aku naik basikal atau bas.
Aku masih ingat itu.

Darjah 5, abah belikan aku hadiah.
Aku dapat basikal.
Kerana langkau kelas dan dapat no 1 dalam kelas.
Abah bawa aku ke kedai,
"pilihla yang mana adek nak".
Aku pilih yang paling mahal,
Rm900 harganya.

Aku bawa basikal ke sekolah darjah 6,
juga utk pergi ke tusyen sekolah,
Kawan2 puji basikal aku,
Aku rasa bangga dan gembira.

Naik sekolah menengah,
abah masih sayang aku,
aku juga sayang abah,
Tiap2 kali kena marah dengan mama,
Aku lari belakang abah.

Aku hero dalam rumah,
aku tak takut,
Sebab ada abah,
tiap kali aku kena marah dan buat salah,
Aku lari belakang abah lagi.

Abah tak pernah tolak aku,
Abah tak pernah tengking aku,
Abah tak pernah kata 'tak' untuk benda yang aku nak.

Tapi aku, bila aku besar,
Aku pernah tengking abah,
Aku jerit dekat abah,
Kata aku " Ini salah abah, semuanya salah abah".
Aku bawa kereta laju2, abah hantar mesej,
Kata abah, "dari kecil abah manjakan fiq, dah besar fiq buat macam ni, abah sedih".
Aku tak peduli. Aku tak rasa apa2. Aku lupa jasa abah.

Abah pernah sakit satu hari,
Dia suruh aku ambilkan dia ubat,
Aku tak jumpa ubat abah,
kata aku kepada abah dengan nada keras,
"ABah letak ubat merata2, macam mana nak jumpa"
Abah terdiam dan sayu. Aku lupa abah sudah tua.
Kata aku kepada abah,
"duduk, fiq nak bagi ubat"
Abah terduduk, aku tengking abah smpai dia terduduk,
Sampai hari ni aku menyesal.

Masa aku kecil, abah selalu cium aku,
Masa aku besar, aku tak pernah cium abah.
Hari ni aku berada jauh dengan abah.
Aku rindu abah.
Mahu peluk abah.
Mahu kata dekat abah, "Fiq sayang abah, Fiq anak abah"

Aku tak tahu abah hidup sampai bila,
abah selalu sakit2, tapi aku doakan abah umur panjang,
Abah selalu nampak aku sebagai anak dia yang masih kecil,
Dia suka aku bermanja dengan dia.

Abah, fiq rindu abah.
Maafkan fiq kalau ada buat salah dekat abah.
Sayang abah. Mahu jadi anak kecil abah lagi.


Monday

sekeping kata hati untuk kawan yg aku tak benci

Salam,

Kawan, maafkan aku kerana menjauhkan diri . Bukan aku tak mahu, bukan pula aku tak sudi, jauh sekali aku keji, tidak pula aku mencaci malahan hati ini masih ada rasa sayang dan rasa simpati. Sumpah aku tak tipu sahabat. Demi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang melahirkan rasa sayang dan benci, tidak aku pernah lupa kepada engkau, sahabat. Kau lagi mengerti aku dari aku mengerti diri sendiri. Sahabat, walaupun aku tahu kau sudah lupa suatu ketika dulu, aku lah yang selalu berada teguh di belakang engkau, menyokong setiap kata2 kau, memberi nasihat seikhlas jiwa kpda engkau, mempertahankan engkau di kala kawan2 lain mengeji , menasihati dikala kawan2 lain tidak ambil peduli. aku masih memberi dikala orang lain sudah muak memberi. Sudah kah kau lupa sahabat? aku masih belum lupa. Aku ajak kau datang bersolat, aku ajak kau melawat rumah Allah, aku suruh kau mengazankan waktu solat, aku memaksa kau menjadi iman. Tidak lain dan tidak bukan, bukan kerana diri aku mahu memaksa, tidak pula kerana aku suka, tetapi kerana agama dan rasa syang kepada sahabat. Mengertikah engkau sahabat?

Sahabat, mungkin di kala ini kau rasa benci. mungkin di kala ini kau rasa sumpah aku tak bererti. Tetapi ketahuilah sahabat, sehingga masih ada nyawa dan agama dalam diri ini, aku masih berdoa utkmu sahabat, andaikata itu sahaja aku mampu lakukan. Aku rela tanpa rasa jemu. Kau lemparkan kata2 'sampah' utk aku, kau samakan aku dengan 'syaitan', kau berprasangka buruk terhadap aku dikala aku mahu membantu, aku tak kisah, tidak pula aku simpan dalam hati, tetapi aku masih ingat. Bukan kerana rasa dendam kesumat, tidak pula kerana rasa marah dan keji, tetapi kerana hati manusia ini rapuh, sakit, menangis terhadap kata2 sahabat. Mungkin kau sudah lupakan segala apa usaha aku untuk engkau. Tidak aku mahu bangkitkan, tidak pula aku mahukan balasan. Cuma yang aku pinta. Sedarlah sahabat, kembalilah, bukan pada ku, tapi padaNya. Ukhuwah Fillah Abadan Abada. (persahabatan kerana Allah untuk selama lamanya)

katakanlah Muhammad, "wahai manusia! Telah datang kepadamu kebenaran Al-Quran kepadamu, barang siapa diantara kamu mendapat petunjuk, dan sebenarnya petunjuk itu untuk kebaikan dirinya sendiri, Dan barang siapa sesat, maka kesesatan itu mencelakakan dirinya sendiri. Dan aku bukan lah pemelihara dirimu"
(11 ; 108 )


Friday

jangan tanya aku apa yang aku dah buat pada kau..


Tadi aku pergi Sheffield,Uk. Melawat seorang pelajar medic yang sdah menjadi doktor tajaan JPA menghidapi cancer nodus limfa. Dia dijadualkan untuk pulang ke Malaysia selpas habis degree tetapi terpaksa menangguhkan hasrat untuk pulang untuk meneruskan rawatan cancer. First stage kena cancer nodus limfa. Buat chemotherapy dan alhamdulillah sembuh. Selepas beberapa bulan, selapas didiagnose sekali lagi, malangnya, cancernya tumbuh balik di tempat sama. Doktor di sini cadangkan dia buat high dose chemotherapy, Result dari high dose chemotherapy yang menyeksakan itu, bukan cancer makin hilang tetapi makin bercambah di bahagian kidney. Cancernya agresif katanya. Doktor dah give up. Alatan buatan manusia sudah kalah. Dia membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Rawatan dia bermula dari Disember 2008 - January 2010. Dia bakal pulang ke Malaysia 31 January 2010. Kita sama sama doakan kesejahteraan Doktor Mas Afzal. Dia seorang yang tabah dan masih bersemangat ketika ditemuinya, masih dengan senyuman, masih dengan layanan mesra. Itulah Dr Mas Afzal,25 tahun. Bergerak aktif dengan "iluvislam".. ini blog beliau.. Dr. Mas <--- klik disini

********

Jangan tanya apa Allah dah kasi pada kita.
Tapi tanyalah apa yang kita dah buat padaNya.

Setiap hari pabila kita bangun dari tidur , kita masih dikurniakan Oksigen,
Setiap hari kita masih dikurniakan kesihatan,
Setiap hari kita masih dikurniakan tenaga untuk bergerak,

Tapi adakah setiap hari pabila kita bangun dari tidur, kita panjatkan kesyukuran padaNya?
Tapi adakah setiap kesihatan kurniaan Allah kpda kita, kita lakukan dengan perkara bermanfaat?
Tapi adakah setiap tenaga yang dikurniakan kepada kita diguna untuk beribadah, berdakwah dan meminta redanya?

tepuk dada tanya iman. Salam.