Friday

jangan tanya aku apa yang aku dah buat pada kau..


Tadi aku pergi Sheffield,Uk. Melawat seorang pelajar medic yang sdah menjadi doktor tajaan JPA menghidapi cancer nodus limfa. Dia dijadualkan untuk pulang ke Malaysia selpas habis degree tetapi terpaksa menangguhkan hasrat untuk pulang untuk meneruskan rawatan cancer. First stage kena cancer nodus limfa. Buat chemotherapy dan alhamdulillah sembuh. Selepas beberapa bulan, selapas didiagnose sekali lagi, malangnya, cancernya tumbuh balik di tempat sama. Doktor di sini cadangkan dia buat high dose chemotherapy, Result dari high dose chemotherapy yang menyeksakan itu, bukan cancer makin hilang tetapi makin bercambah di bahagian kidney. Cancernya agresif katanya. Doktor dah give up. Alatan buatan manusia sudah kalah. Dia membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Rawatan dia bermula dari Disember 2008 - January 2010. Dia bakal pulang ke Malaysia 31 January 2010. Kita sama sama doakan kesejahteraan Doktor Mas Afzal. Dia seorang yang tabah dan masih bersemangat ketika ditemuinya, masih dengan senyuman, masih dengan layanan mesra. Itulah Dr Mas Afzal,25 tahun. Bergerak aktif dengan "iluvislam".. ini blog beliau.. Dr. Mas <--- klik disini

********

Jangan tanya apa Allah dah kasi pada kita.
Tapi tanyalah apa yang kita dah buat padaNya.

Setiap hari pabila kita bangun dari tidur , kita masih dikurniakan Oksigen,
Setiap hari kita masih dikurniakan kesihatan,
Setiap hari kita masih dikurniakan tenaga untuk bergerak,

Tapi adakah setiap hari pabila kita bangun dari tidur, kita panjatkan kesyukuran padaNya?
Tapi adakah setiap kesihatan kurniaan Allah kpda kita, kita lakukan dengan perkara bermanfaat?
Tapi adakah setiap tenaga yang dikurniakan kepada kita diguna untuk beribadah, berdakwah dan meminta redanya?

tepuk dada tanya iman. Salam.




Tuesday

Kapal terbang( Ethiopian Airlines) terhempas gara-gara



Ethiopian airlines jet crashed!
some speculate it was because of the bad weather but there were also speculations of terrorist behind the incident.

Islam's name once again is in jeopardy.

Sunday

Ramalan siapa terlebih dahulu?? saintis??





Petikan surah Al-Araf (2-5)

Inilah kitab diturunkan kepadamu Muhammad, maka janganlah engkau sesak dada kerananya agar engkau memberi peringatan dan menjadi pelajaran bagi orang yang beriman

Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu, dan janganlah kamu ikuti selain Dia sebagai pemimpin. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran.

Betapa banyak negeri yang telah Kami binasakan, siksaan Kami datang menimpa penduduknya pada malam hari, atau pada saat mereka beristirahat pada siang hari.

Maka ketika siksaan Kami datang menimpa mereka, keluhan mereka tidak lain, hanya mengucap, " Sesungguhnya kami adalah orang orang yang zalim"

Saturday

Pendedahan Menarik

Pendedahan untuk semua umat islam. Klik disini.

Apa dah jadi dengan Malaysia.

Gereja dibakar. Surau dibakar. Harga ringgit ditutup rendah. Najib beri 500 ribu utk baiki gereja. Enjin Jet yg berharga 300 ribu pada tahun 1970.. Bersamaan dengan berapa juta tahun 2009.
Insentif guru ditarik. Apakah?

Politik, agama, ekonomi... apa lagi yang menanti..

Rasa mahu menetap di UK saja...




petikan dari surah al-an'am

seandainya engkau Muhamad melihat mereka dihadapkan ke neraka, mereka berkata "seandainya kami dikembalikan ke dunia tentu kami tidak akan mendustakan ayat ayat Tuhan kami, sera menjadi orang oranng yang beriman"

Tetapi sebenarnya bagi mereka telah nyata kejahatan yang mereka sembunyikan dahulu. Seandainya mereka dikembalikan ke dunia, tentu mereka akan mengulang kembali apa yang telah dilarang mengerjaknnya. Mereka itu sungguh pendusta.

Sungguh rugi orang orang yang mendustakan pertemuan dengan Allah; sehingga mereka berkata " Alangkah besarnya penyesalan kami terhadap kelalaian kami tentang kiamat iu,' sambil mereka memikul dosa dosa diatas punggungnya. Alangkah buruknya apa yang mereka pikul itu.

Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang2 yang bertakwa.

Sungguh kami mengetahui apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu , Muhammad janganlah bersedih kerana mereka bukan mendustakan engkau, tetapi orang yang Zalim itu mengingkari ayat ayat Allah.

Dan sesungguhnya rasul2 sebelum engkau telah pun didustakan, tetapi mereka sabar............