Tuesday

Hidup kadang2 cam sial

Lepas makan manggis + durian pukul 12.++ mlm. Hidup aku berubah syial. Nak je aku salahkan
buah buah tu.

Smalam tak blh tido. Asyik terjaga. Panas. Mungkin sbb makan durian.

Pagi drive ke sekolah cam biasa. Tak tengok mirror. "BOOM". Langgar tiang. Aku harap takde cikgu yang perasan tapi ada cikgu cikgu disebelah memandang sambil tersenyum.

Ciss. Mentang mentang aku jantan macho yang muda. Senyum plak. Ak senyum balik wat muka selamba rock.

BUkan kereta aku. Aku harap tak ada sape yang perasan ada kemek sikit dibelakang. Takde duit nak repair lagi.

Walaupun aku cikgu ganti. Kena isi record pelajar. Dah siap isi semalam. Pelajar perempuan yg comel tolong cikgu dia yang hensem.TQ

Hari ni dapat tahu aku salah isi. Aku isi exam selaras 1 bukan 2. Kena isi sekali lagi. Budak-budak terpaksa liquid balik. Isi balik. Kesian diorang. Habis liquid. Aku akan ganti. Dah upah rm5 sorang utk dua orang. Rasa sebersalah.

Cite belum habis lagi. A teacher who happens to be my mum complain. Tulisan dalam buku record pelajar buruk. Kelakuan tak isi. Ulasan tak buat lagi. Aku cakap ok. Fussy pulak pasal tulisan, Asal boleh baca dahla. "tak boleh" katanya. Pengetua strict. Pengetua perempuan biasala. Mak aku pun perempuan biasala.
(bukan tulisan pun, nombor je, serius tak buruk dan blh dibaca, percayala)

Mungkinkah most perempuan fussy dan perfectionist?? Aku dah label kan begitu. Maaf.

Aku cancelkan kelas tambahan free dengan pelajar aku hari ini. Kesian. Diorang kena tempias jugak. Tapi takpe. Aku tak nak mengajar kalau tidak berkualiti.

Monday

Jangan baca kalau tak bersedia. Serius.

Salam Sejahtera semua.

" CIKGU JALANG MACAM NI PUN ADA KE.. PLEASE TOLONGLAH BLAH DAN PERGI MAMPUS TERUS KALAU ADA"

"STOP LA CAREER JADI CIKGU, LEBIH ELOK LA KAU PERGI BAKAR DIRI KAU JADI ABU"

Mungkin keras kata kata aku. Tapi aku serius. Jangan rosakkan bangsa yang dah rosak.

Hari ini pelajar aku(kelas aku) wat aduan dekat aku. Bukan seorang, dua tiga orang jugak. Seorang guru lelaki, nama dirahsiakan, buat sial kat pelajar-pelajar aku sampai budak perempuan tu cerita menangis nangis dekat aku.

Cikgu tu cikgu seni. Bilik dia dalam sekolah ini sangat terpencil. Jauh dari cikgu2 lain, jauh dari segalanya. Cikgu seni nak ilham, mana blh buat kerja tempat2 bising. Agaknya begitu la.

Pelajar aku hampir diketuk dengan tukul besi kerana meminta untuk pergi ke tandas. TUKUL BESI! Bukan rotan. Dan bukan itu sahaja! Malah aku difahamkan oleh pelajar pelajar aku lelaki dan perempuan, Cikgu Sial ni selalu buat sexual harrasment di dalam kelas.

Mintak pergi tandas pun kena lemparan kata kata lucah. aduss.. mengeluh je aku mendengar..
Kalau dah cikgu pun macam tu, kalau anak murid apetah lagi. Tak blh nak salahkan diorang la.

Ditambah lagi oleh pelajar2 aku, cikgu ni selalu bercerita pasal anggota badan perempuan. Aisey, seni ke tu? Bercakap pasal seks secara meluas dlm kelas. Mungkin cikgu ini belum faham apa itu "sex education" yg diwar-warkan oleh government..

Korang semua dah 18 keatas. Aku percaya itu. Aku nak masukkan kata2 dari cikgu tu bila pelajar perempuannya buat seni smbil berdiri dlm kelas. Tapi bimbang ada bloggers yg offended plak nanti. Aku dah tulis tapi aku padam semula.

Sekian.

(apa perlu aku buat)
Mahu ditelan mati bapak, mahu diluah mati mak

Ini bukan lawak. Ini serius.

Aku mengajar tusyen malam hari ini. Subject BAHASA INGGERIS PMR. Lawak ke? Ini bukan lawak. Ini serius. Masih mengajar kelas belakang lagi. Satu dugaan lagi. Pagi SPM, mlm PMR pula. Pagi Mathematic, mlm English pula. Aduss. Tidak kuasa untuk mengeluh. Tapi bukan part ini yang lawak.

Budak2 pandai tapi diorang tak menggunakan kepandaian dengan sepenuhnya. Aku tak kata diorang bodoh atau bangang. Tidak sama sekali terlintas. Mungkin kurang pandai agak bersesuaian.

****************
ADEGAN PERTAMA

Aku masuk kelas,

"Good night, Sir "

"Good Eveniiiinnnnngg!!!! One more time " kata aku.

**********
ADEGAN KEDUA

" Write one sentence using coconut "

" Coconut SHIT is delicious "

************

ADEGAN KETIGA

"Coconut shell is hard feeling "

Aku sendiri pun konfius ayat ape dia cuba buat. Rupanya ini adalah direct translation.

"Kulit kelapa keras rasanya"

*************

Aku tak rasa ini lawak. Ini serius. Tapi bahagian cocunut shit ak tergelak kecil la juga tadi.
Sabar je la. hehe

Sunday

Lantak kau lah..

Istilah ni korang selalu dengar

" bila senang ramai, bila susah tiada, semua lari "

Aku nak tukar istilah sikit

" bila susah aku datang, bila aku susah takde sape yang tolong"

"Bila susah, orang pertama ko mesej mintak tolong, aku, dan aku tolong"

dan " Bila aku susah ko orang ke-100 aku mesej mintak tolong dan still aku tak dapat pertolongan "

Last2 sekali aku terpaksa rely dengan diri aku sendiri. Dan apa aku belajar dari itu.
Kawan bukan teman kita hidup dan mati. Mungkin bukan kawan di pengajian tinggi.

Aku still boleh rely dengan kawan sekolah yg dem baik. Seriusly, kalau aku diberi pilihan utk bawak kwn ak turut serta ke syurga. Aku akan pilih kawan di bangku sekolah.

ni pendapat aku. Berdasarkan pengalaman aku. Kalau ko? aku tak tahu lah.

gile dah kau. ak tak peduli

Matahari di sebelah petang sungguh cantik dan indah.

Anak2 murid aku sungguh comel dan baik.

Abah & Mama sweet bersama. Sayang mama dan abah.

Chubby(adek) dah makin besar sekarang. Pejam celik. pejam celik. Dah 9 tahun.

Pemandangan di waktu pagi di sekolah sangat cun.

MAMA, manusia mati silih berganti !

MAMA, kenangan hanya sekali !

Mama, kita manusia tak kekal hidup selama lamanya !



"AKU MAHU KAMERA, BOLEH MAMA SUPPORT SIKIT NANTI "

Friday

hari ini hari sabtu.. ak tahu

a'ah. Hari ini hari sabtu. Aku tahu. Kau pun tahu. Itu sudah pasti dan jelas. Dan hari ini juga hari cuti. TAPI bukan untuk aku. Aku perlu pergi sekolah. Ada pertandingan macam-macam.

"SEMUA STUDENTS WAJIB DATANG SEKOLAH"

ITU PUN AKU TAHU. DAN diorang pun tahu.

7.45 pagi - satu announcement dari PK KO -

"SEMUA GURU KELAS DIKEHENDAKI TURUN PERHIMPUNAN UTK MENGAMBIL KEHADIRAN "

7.50 - Aku ke pejabat ambil register.

7.53 - Aku turun ke perhimpunan. Semua pelajar dah beratur. Aku guru kelas pertama turun.
Semangat nak jumpa anak murid terutama dua2 shahrul itu.

7.55 - Ak mencari cari. Meraba raba keseorangan. Tergaman seorang diri.
"Mana 5A3 ni.. kat mana eh. rasanya dah kat sini dah, ISh!! pelik "
Sbgai seorang guru baru. Aku memang selalu mengelamun sorang2.

8.00 - Ada pelajar melambai-lambai kat aku. Aku senyum dan menuju ke sana. Penolong ketua
yg melambai2 arah aku. Baik sungguh dia. Fadhilah namanya.

*********

AKU : FADHILAH, berapa orang tak hadir

FADHILAH : Saya sorang je datang Cikgu.

AKU : Awak sorang datang, aku seolah olah tidak percaya.

FADHILAH : Saya sorang je cikgu

AKU : Kesian awak, awak pergi masuk barisan orang lain.

2,3 minit kemudian. Fadhilah sudah hilang.

CIss. Pelajar aku. Tak habis2 buat hal. Nak Kena diorang ni!

Sbgai guru kelas, aku malu. Pelajar datang sorang dan cikgu menulis blog dlm bilik.

Hari ini hari SABTU, aku tahu. Ko pun tahu. Anak murid aku pun tahu. TAPI hari ni ada sekolah nak buat macam mana. Kalau garang, korang kata aku garang. heh.

Thursday

tengkingan kesedaran

2 orang pelajar aku mintak ke tandas serentak. Macam biasala budak sekolah. Perlu ada yang teman. Aku pun tak faham kenapa. Selalunya pelajar perempuan la.Kalau aku kata tak boleh, pergi sorang2 . Tiba2 yang nak terkencing tu pun jadi tak mahu kencing pula. Kerana kasihan aku bagila dua orang keluar kelas.

"3 minit je" aku cakap.

"baik cikgu" diorang mengangguk.

Selepas 15 minit, dua dua bdak lelaki tu tak masuk kelas lagi. Diorang ingat ape?? aku ni cikgu main-main ke? aku bertekad nak bawak dua orang pelajar tu ke bilik disiplin. Gila garang aku. Waktu tengahari katakan, cuaca pun panas. Aku pun panas.

Aku arahkan seorang budak nama Zulkarnain atau (macha) nama panggilannya dalam kelas untuk cari kedua dua shahrul itu.

Seorang suspect berjaya dinaikkan kat atas.

Aku tanya " Awak pergi mana tadi"

"saya pergi tandas cikgu" kata shahrul

" bapak penipu besar budak2 sekarang kata aku dlm hati"

" MACHA!! awak jumpa Shahrul dekat mana"

ZUlkarnain dengan jujur kata dia jumpa Shahrul dekat BAWAH POKOK.

Aku senyap, aku tak marah shahrul sekurang kurangnya dia masuk kelas.

LEPAS 30 minit, seorang lagi shahrul menjengok jengokan muka di belakang pintu kelas.
AKu tak nampak, pelajar aku yang nampak.

Diorang jerit, " NI CIKGU! NI CIKGU, SHAHRUL! "

Aku hentakkan buku maths form 5 diatas meja dan terus menuju keluar kelas,

Aku jerit, " SHAHHHRUUULLL, MASSUUKK KELLASS!!!!! "

DIA BERLARI MENYOROK DI KELAS SEBELAH.

AK KEJAR. SEMUA PELAJAR KELUAR KELAS UNTUK MELIHAT GELAGAT CIKGUNYA DENGAN SHAHRUL. KUAT JUGA AKU TENGKING

Akhirnya pelajar itu masuk kelas. Bila balik rumah, aku berfikir panjang. Macam "BODOH'' jugak aku tidak dapat mengawal emosi aku hari itu.

UNTUK PENGETAHUAN - INI KALI KE-2 AKU TENGKING PELAJAR AKU. ITULAH TENGKINGAN KESEDARAN.

P/S- AKU TAK BAWAK PUN BUDAK ITU BERJUMPA CIKGU DISIPLIN. MASIH ADA RASA KASIHAN MELIHAT MEREKA

Wednesday

Ak cadangkan koa pakai tooooot

2, 3 hari ni mood ak tak beberapa okay.

makan pun tak lalu. Nak senyum pun macam tak berapa nak senyum. Kenapa nih.

akak aku cadangkan aku pakai WINGPAD tyme macam ni. Mana ak nak cari. Ceit. Bodoh sungguh lawak dia.

Katanya kalau WINGPAD selesa sikit. Pekebenda????? ak tampal kat mulut dia bru tahu. Baru betul2 pad.

Monday

GILA BABI!

Jangan jadi GILA
jangan buat sesuatu yang GILA
Jangan berfikiran GILA-GILA
Jangan cuba untuk MENGILA

kerana akhirnya GILA membawa kamu kerana KEGILAAN DAN KEBINASAAN.

Aku telah membuat sesuatu yang GILA dan akhirnya membawa kepada kebinasaan diri sendiri.

Tapi aku selalu pesan kat students aku..

"korang perlu jadi seorang yang GILA BELAJAR, GILA BUKU, BUKANNYA GILA BABI DALAM KELAS.

Tanpa Seorang Perempuan

Tanpa seorang perempuan bergelar ibu siapalah kita...

Tanpa dia maka tiadalah kita di dunia ini...

Kaum Hawa adalah kaum yang mulia. Mengandung 9 bulan 10 hari dengan penuh kasih sayang.

Lelaki diciptakan berpasangan. Lelaki diciptakan untuk wanita dan Wanita diciptakan untuk lelaki.

Walaupun bilangan Wanita melebihi lelaki. Ini tak bermakna kaum lelaki boleh buat apa sahaja terhadap kaum wanita seperti -

kahwin melebihi satu tanpa persetujuan ?

Penderaan mental dan fizikal spt kes manohara ?



menyalahgunakan isteri sbgai orang suruhan dlm rumah ?

Kita kaum lelaki seharusnya menghormati wanita kerana mereka adalah antara ciptaan tuhan yang CANTIK dan tidak boleh berkata sesuka hati kerana mereka juga mempunyai "PERASAAN".

akhir wa kata- "perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya"

dan juga jutaan maaf utk entri sebelum ini..

Sunday

kO NAk maMpUS kaTa MacaM nI.

perempuan ni baik.. comel2 smua.. dan ada kelebihan masing2...

Apa yang aku fikirkan tentang wanita...

- hatinya lembut -- senang dengar nasihat dan pujukan -VS- suka percaya citer,gosip bukan2
- wajahnya cantik -- ayu bila dilihat mata, sejuk mata memandang -VS- suka menggoda lelaki
- pandai berjimat -- duit jarang habis, pandai simpan duit -VS- kebas duit boyfren.. smuanya boyfren
-sistematik, organize -- semua barang kemas, tersusun dan cantik -VS- lembab giler, smuanya makan masa, make up, kerja.. semua nk perfect

Lelaki pula

hati keras --> tetap pendirian.. sekali syg.. selamanya sayang
wajahnya berkutu2 --> muka tak penting asal hati ikhlas
membazir --> membazir utk kaum hawa juga, rokok tu tak kiraa la.. nk hidup..
x sistematik, organize --> tak cantik, tak organize tapi kreatif walaupun kerja last minute..

haha... ak saje2 tulis camni... tade kerja..

Saturday

PERLU MARAH

Assalamualaikum semua rakyat Malaysia.

Hari ini aku marah pelajar aku. tak tengking cuma bersuara keras sikit.

Aku masuk kelas bawa markah exam maths hari ini. Semua fail maths form 4. Tapi bukan kerana itu aku marah. Aku marah sebab 8 orang tak hadir exam maths termasuk seorang budak yang aku ambil berat, Azrol namanya, aku ajar dia type menggunakan komputer sebab dia tak pernah pegang komp.

Aku marah sebab hampir 10 orang tak hadir kelas hari ini. Mereka bukannya kelas paling hujung pun tapi tahap kesedaran sangat2 rendah. Kenapa? dulu pun aku bersekolah juga, berkawan dengan budak kelas belakang juga. Tapi tak seteruk mereka.

Masuk kelas aku identify budak2 yang tak hadir exam itu. aku post-mortem diorang one by one walaupun kebanyakkannya tidak hadir kelas.

kes 1 - Pelajar favourite aku, Azroy, tidak hadir exam kerana 5 hari sakit kepala, darah tinggi. 4 hari exam berturut2 tidak hadir kelas.

Yang lain tidak datang sebab MALAS! satu jawapan tidak layak aku terima utk tidak hadir exam.

aku tanya seorang anak yatim itu. Mak ayah kerja apa.

"ayah dah meninggal, mak kerja kebun sekolah"

Ku tanya dia, "Datang sekolah naik apa"

"motor"

"Sape beli"

"mak beli"

"Kenapa mak beli motor"

"utk pergi ke sekolah"

"kenapa mak suruh pergi sekolah"

" suruh belajar"

aku senyap seketika. Aku tenung wajahnya dengan tajam. Mata aku tidak berganjak dari lihat mata dia. Dia cuba mengelakkan diri. Aku sambung lagi.

"Awak tak kesian kat ayah awak, Dia tengok awak dari jauh dengan harapan awak tolong mak awak, dia suruh awak belajar" aku cakap dengan nada agak tegas.

Dia diam seketika. Dari raut wajahnya. Ak nampak kesedihan dan keinginan itu. Mungkin Taufiq belum sampai lagi. Aku tak mahu menambahkan bebanan pada jiwa muda itu. Aku berganjak. Biarkan dia berfikir seketika. Tiada niat dalam hati aku utk menyeksa jiwa itu. Cukuplah ak manjai mereka. Sudah tiba ak menjadi garang sedikit.

jauh dlm sudut hati. aku harap dia sedar.

Monday

aku sedih. kau?

ak mengajar bangsa aku. melayu. kelantan, kelas tingkatan 4.

ak mendekati seorang pelajar, aku tanya " macam mana result pmr"

jawapan rata2 yang aku terima, 1b, 6c,1d atau 2b,5c,1d.

aku tanya lagi, "Subject apa yang fail"

"English" jawabnya.

aku tanya satu kelas berapa ramai yang fail English, hampir separuh kelas fail subject ini.

aku tanya diorang. "tak suka ke subject English"

"tak tahulah cikgu, susah nk faham"

ak bagitahu diorang, subject Inggeris mungkin akan dijadikan subject wajib lulus, kalau fail dlm spm nanti, korang tak ada masa depan la. University dan Poli pun tak boleh masuk. Kelas yang bising tadi, senyap seketika. kesian lihat diorng. Aku teruskan lagi, Bahasa Inggeris bukannya susah nak lulus dalam Spm, kalau usaha sikit dah boleh lulus. Nak cikgu ajar Bahasa Inggeris ker? Diorang suka dan nak ak ajarkan.

Aku sayang pelajar aku. Sayang bangsa ak. Ni bukan lagi pasal aku assabiyyah terhadap negeri Kelantan.. Ini soal Bangsa Kita. Ak sgt syang. Ko?

Langkah 1- aku suruh diorang bawak keratan NST minggu depan.

Langkah 2- Aku belum fikir lagi mahu buat apa, ada 4 hari lagi utk fikir. haha..

KAU SIAL. JIKA KAU TAK BERSYUKUR

Cerita 1st day mengajar lagi. Kau sial jika kau tak bersyukur.

aku dekati seorang pelajar lelaki yang riang didalam kelas.

"Mak ayah kerja apa", dia segan silu utk menjawab. aku tanya rakan sebelahnya,

"Mirwan, mak ayah awak kerja apa".

"Berniaga cikgu" dijawabnya begitu perlahan.

Aku sambung lagi. "Berniaga apa"

"berniaga runcit" katanya.

Ak tanya sekali kawan disebelahnya. "Awak tak nak kongsi dengan cikgu, ker"

" mak sy kerja penoreh getah " katanya.

Aku buat biasa seperti tiada yang pelik dengan itu.

Aku bersyukur, kau juga patut bersyukur. Jadilah insan yang bersyukur kerana adanya kemudahan internet, komputer, laptop, handphone dan sebagainya. Rata2 pelajar aku tiada internet di rumah. Sedih terkenangkan bangsa Melayu. Aku sayang pelajar aku. Aku sayang Bangsa aku.

Hilang " kemaluan "

1st time ak menjejakkan kaki di sekolah lama balik. tak rasa ape2. tak rasa terpegun. tak rasa terpesona mahupun excited. Biasa saje.

Mak ak tanya. "Tak malu ke jumpa cikgu lama". ak jawab "tak, biasa jerr"

Cikgu2 lama sudah rasa seperti kawan biasa. Senang berbual. Senang berbicara. Rasa begitu tua pula seperti sudah berbini dan ber"anak" dua.

hari pertama. Masuk kelas terakhir tingkatan lima. Jadi cikgu kelas. Dikenakan oleh murid2 tapi diorang kena balik.

Tengah berbicara. Jumpa seorang pelajar buta. Bukan buta mata. tapi buta komputer. Bawak mereka ke makmal komputer. Sangat tak organize makmal komputer di sekolah saya.

Bagi satu paper dekat pelajar itu. Ajar dia menaip. Nampak dengan jelas kegembiraan di wajahnya. Itulah ak. Seorang guru biasa.

overall - 1st day - seronok gila.

ak sumpah bodoh...

kadang2 ak rasa macam ak bodoh. serius bodoh. kenapa ak kata begini..

sbgai contoh. ak lihat drawing kawan perempuan ak. buruk gile. sumpah comot. tapi dia buat benda tu dengan bersungguh2. disebabkan tu ak buat muka menarik gila. dengan senyuman plastik dan berkata. "Comellnyaa lukisaan ko, klu juaalll ni pun lakuuu"

Kesannya, dia terus melukis dan melukis lagi. walaupun dikutuk oleh rakan sebaya. Dia terus melukis. Katanya pada yang lain,Rahim kata comel, jadi aku lukisla" dia berpaling pada aku. Aku hanya tersenyum panjang.

Contoh 2. Ak takda duit. mmg pokai gile. Rm200 ni je yang aku ada utk sebulan ni. nak beli kedit pun mgkin dah takde. tiba2 kawan cina aku meseg dlm keadaan begitu terdesak. Nak pinjam duit. Ak transfer juga dekat dia. Sapa susah..

Contoh 3. Hari ni ak citer kat gf ak pasal byak perkara termasuk perkara2 diatas. Dia kata kat aku.. "ish, awak kne bulilaa, siannya, bla.. bla.. bla..." berleter.. seronok dgr (kluar point sikit)
aku rasa ak bodoh sbb citer..

Contoh 4. Walaupun aku tahu aku bodoh. dan sudah mendapat pengiktirafan bodoh dari girlfren aku. Aku tetap melakukan perkara yang sama. BODOHNYA AKu..

HARI INI AK RASA HARI BODOH SEDUNIA..

aku terpesona.. aku terpegun

orang kata sekarang susah mahu cari perempuan yang sopan2, yg masih menjaga aurat.. ibaratnya seperti mencari permata dlm pasir.. erk.. ak reka sendiri je pepatah tu.. apa2 pun.. ak terpegun dengan seorang wanita yg memakai tudung yang sedang khusyuk menunggu rakannya tengah rebonding..

mungkin dalam hati dia berkata, x pyh rebonding.. buat apa rebonding.. guna syampu aje.. guna jari tangan dan kaki pun blh... dah lari point sikit..

sebelum mereka pulang, si rakan yg memakai tudung tu mengadu kat owner shop yg rambut dia cam kering2.. ak tak fhm pun istilah rambut2 nih... tapi dia mahukan rambut yg kekal lembut dan kelihatan basah begitu... owner tu mengeshorkan perempuan tu beberapa perapi....
Ownershop yg kelihatan pakar itu berkata,

"saya tak reti nak pilih perapi macam mana utk awak ni.. sy kena tgok rambut awak dlu baru senang "..

Perempuan tu malu2 sipu2 nak buka tudung dia... tak tahu kenapa... Rakannya yg bertudung tu menerangkan lagi condition rambut dia.. but owner tu still insist nak tengok rambut dia...

tba2 ak rasa cam mungkin perempuan tu tak nk buka tudung dia sbb ak khusyuk melihat adegan dia dengan ownershop tuh.. Tba2 ak rasa muka ak cam merah... ak pun menuju keluar dari kedai tue...

kesudahan cerita ni... ak tak tahu la perempuan tu bukak atau tak tudung dia...

moral yg ak dapat.. walaupun benda tu pelik, jgnla tenung benda tue.. hu3.. sedikit malu dan terpegun juga..

Sunday

Dia tak kenal lagi aku sape

Bercakap mengenai celcom... celcom bermasalah betul 2,3 hari ni mungkin akan berlanjutan sampai berbulan- bulan dan bertahun tahun sampai diterima oleh masyarakat tapi ak tak blh terima dan adapt dengan situasi begini..

message pending smpai 18 minit... kadang2 smpai pagi esok baru delievered..
tak bengang kah anda??

pernah sekali ak call celcom... 1111 dan terus2 tekan 0 (operator terus), tak perlu dengar bebalan promotion yg dah muak ak dengar.. bertanya kepada operator mengenai masalah undelivered msg

Operator B : slmat ptg Encik, ada apa saya blh bantu ?

aku : knpa celcom tak dapat hantar mesagge (bertanya dengan sopan)

Operator B : Encik belum tahu ker atau buat2 tak tahu... kan before call operator dia dah bagitahu tentang baik pulih yg dijalankan

aku : mmg sy dah tahu, tapi ini dah kerap kali... ni buat baikpulih ke atau nk suruh pelanggan lari.

Operator B : adakah encik membuat ugutan

aku : ni bukan ugutan tapi rungutan. bagi saya satu sbb knpa saya perlu kekal dengan celcom

Operator B : kerana kami menghargai pelanggan yang setia..

aku terus matikan panggilan kerana sudah bengang sama operator..

Dia tak kenal lagi ak saper.... ak adalah pelanggan yang setia, katanya.. %$@^@*(&%

sungguh sopan operator2 ditgh malam...

"berani dia tanya ak"

"awak serius tak dengan sy"-- mestilah sy serius.. i love her so much....... thats the truth n d only truth...

knpa perasaan ragu itu wujud? sbb orang ragu2 dengan makanan lah adanya JAKIM..
sbb orang ragu2 dgn barangan elektrik berkualiti lah adanya SIRIM..

tapi kalau orang ragu2 dgn cinta.. bagaimana pula...

" sbb itulah ada solat istikarah bknnya kuiz cinta facebook "

Kalau cinta gay macam mana pula.. itu tak tahulah nk cakap bagaimana..

ragu2 sama jantina sudah jadi masalah berleluasa di Malaysia..

berfikiran 'keras' atau 'waras'

orang selalu kata aku fikir terlalu kuat.. kadang2 benda yang mudah dan senang boleh jadi begitu sukar untuk dicapai kerana aku terlalu kuat fikir.. aku suka fikir apakah sebab dan akibat sesuatu perbuatan sampai kekadang apa benda yang aku nak buat terpaksa ditangguhkan atau dihentikan..

Orang lain macam itu jugak ke? benda kecil begini pun aku boleh fikir sampai ke lubang cacing... mungkin einstein pun begini... mungkin juga orang gila kat tanjung rambutan pun begini...

tapi pelik... dalam dunia ini wujud istilah... "benda kecil macam ni pun ko tak blh fikir ke"
disebabkan terlalu kuat berfikir... smpai benda kecil pun tak blh buat... contohnya.. sekarang ak tengah berfikir... "lapar.. mahu keluar beli burger atau tak... kalau keluar... bunyi kereta... bising.. ganggu semua org tido... kalau keluar habis duit... nk jimat duit... tapi kalau tak keluar... lapar... mknan dlm rumah tak selera... " Oleh itu, disebabkan kuat berfikir.. aku membatalkan hasrat untuk keluar rumah....





haha......

ak cuba menjadi seorang blogger... entah kenapa...

yg pasti bukan sbb ak nak cari duit.. atau keseronokan..

ak cuma mahukan satu cara utk mengeluarkan rasa kegumpalan di hati ini dengan menulis...

adakah aku seorang sentimental???? mungkin juga... kerana ak sukar melupakan kisah lama..

terima kasih blogspot.. rakan2.. kerana terciptanya peluang untuk luahan hati, luahan fikiran, luahan idea...

terimakash Allah kerana menunjukkan ku jalan..